Oleh pada 13 Mar 2017 kategori

Pelakon kontroversi Uqasha Senrose sudah cukup dikenali dengan pelbagai tohmahan yang dilempar buatnya setelah dia membuka tudung. Selain pernah mengikat tali pertunangan dengan Pekin Ibrahim, dia juga pernah dikatakan menjalinkan hubungan dengan beberapa pelakon lelaki terkenal yang lain seperti Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly dan paling terbaru, kerabat diraja Tengku Bakar.

Menerusi gambar yang disiarkan di laman web Beautifulnara, Uqasha kini didakwa sedang rapat dengan pelakon tampan Singapura, Shah Iskandar.

Menurut saksi, mereka berdua mendapat jemputan ke sebuah program itu yang melihatkan kemesraan mereka berdua seperti pasangan yang sedang bercinta.

Shah juga dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan rakannya semenjak kecil berwarganegara Singapura, Siti Sarah pada awal tahun lepas.

Sepanjang program itu berlangsung, Uqasha dan Shah juga didakwa tidak lepas berpimpin tangan.Sumber berita: beautifulnara.comberitamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)