Oleh pada 24 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @astroshaw

Filem aksi terbaru terbitan Astro Shaw dan SCM TBK, Polis Evo 2 mencatatkan rekod baharu apabila meraih kutipan RM3.5 juta hanya pada tayangan hari pembukaannya sahaja iaitu pada 22 November lalu.

Filem itu sekaligus mengenepikan pungutan 'sneak preview' Munafik 2 yang sebelum ini meraih RM2.05 juta.

Datuk Khairul Anwar Salleh selaku Naib Presiden Dan Ketua Bahagian Melayu Dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro berkata, beliau mengharapkan kecemerlangan kutipan yang berterusan hingga ke minggu akan datang.

pecah rekod kutipan hari pertama polis evo 2 atasi munafik 2 2

Kredit foto: Instagram @astroshaw

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton Malaysia dan Brunei kerana memberi sokongan padu kepada Polis Evo 2.

“Terbaharu, Polis Evo 2 akan memulakan tayangan awal di Singapura pada 23, 24 dan 25 November sebelum dilancarkan secara rasmi pada 29 November depan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Polis Evo 2 yang diterajui Shaheizy Sam dan Zizan Razak, turut dijayakan Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini merupakan kesinambungan filem pertama Polis EVO yang pernah ditayangkan pada tahun 2015 .

Ia mengisahkan penduduk sebuah kampung yang menjadi tebusan selepas tempat tinggal mereka ditawan sekumpulan pengganas.

Kini ditayangkan di 146 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

              

SENARAI WATAK UTAMA

  • Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
  • Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
  • Raline Shah sebagai Rian
  • Hairul Azreen sebagai Inspektor Zul
  • Erra Fazira sebagai SAC Azizat
  • Shafie Naswip sebagai Sarjan Mat Dan

           




Hakcipta iluminasi.com (2017)