Oleh pada 04 Dec 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Filem aksi kepolisan, Polis Evo 2 sehingga kini telahpun mencatatkan kutipan RM17 juta iaitu selepas 11 hari tayangan. 

Astro Shaw selaku penerbit yang mengumumkan perkara itu mengucapkan syukur dan berterima kasih atas sokongan penonton. 

"Alhamdulillah, hasil sokongan anda semua, Polis Evo 2 telah meraih kutipan mencecah RM17 juta dalam tempoh 11 hari!

"Jom kita buktikan yang filem tempatan juga mampu bersaing dengan filem antarabangsa.

"Malaysia boleh. Terima kasih boh. Jom kita ke balai pawagam yang berdekatan untuk menyemarakan semangat Polis Evo 2," tulisan kenyataan dalam kiriman laman Instagram rasmi Astro Shaw.

gempak ini kutipan terkini polis evo 2 selepas 11 hari tayangan 2

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat penerimaan terhadap karya yang turut diterbitkan oleh Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag itu.

"Alhamdulillah, saya dah tengok dua kali.

"Kita bagi meletup panggung biar box office RM40 juta. Saya sekeluarga tak puas sekali tengok. Hari Sabtu nak tengok lagi.

"Filem melayu tengah popular sekarang.

"Good job! Filem-filem Malaysia ada lonjakan paradigma dalam industri perfileman," komen beberapa pengikut.

Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu menampilkan gandingan mantap Zizan Razak dan Shaheizy Sam, bersama Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Fir Rahman, Jeff Catz dan Dennis Yin.

Kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei serta tidak ketinggalan, pawagam Singapura menerusi tayangan awal sejak 23, 24 dan 25 November lalu, diikuti tayangan rasmi pada 29 November.

Filem berdurasi 125 minit ini mengisahkan penduduk sebuah kampung yang dijadikan tebusan selepas kawasan mereka ditawan pengganas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)