Oleh pada 03 Oct 2018 kategori

penanda aras baru ini kutipan terkini paskal the movie selepas 5 hari tayangan 1

Kredit foto: Instagram Hairul Azreen

PASKAL The Movie ternyata menjadi penanda aras baru buat filem tempatan yang berkonsepkan ketenteraan.

Mana tidaknya, selepas lima hari tayangan filem aksi itu telahpun mengumpul kutipan sebanyak RM8 juta!

Pelakon utamanya, Hairul Azreen mengakui terkejut dengan sambutan hangat yang diberikan para penonton.

penanda aras baru ini kutipan terkini paskal the movie selepas 5 hari tayangan 2

Kredit foto: Instagram Hairul Azreen

"Paling seronok apabila masyarakat berbilang kaum menonton filem ini di pawagam. Melayu, Cina dan India memberikan sokongan yang amat menakjubkan untuk filem ini.

"Kejayaan yang dikecapi merupakan keajaiban buat saya sebagai pelakon. Lama saya menanti filem yang boleh mengangkat nama sebagai pelakon aksi, akhirnya Paskal sedikit sebanyak membuka mata orang ramai terhadap keseriusan saya dalam bidang lakonan," katanya kepada Kosmo! Online.

Hairul menyatakan kebanggaannya selaku teraju utama serta mengucapkan syukur atas pencapaian yang secara tidak langsung memberi impak kepada portfolio seninya sebagai seorang pelakon.

"Saya sudah tengok Paskal enam kali. Alhamdulillah, semua ini rezeki daripada Allah. Semoga ini menjadi batu loncatan untuk saya mara lebih jauh sebagai pelakon," katanya dalam temubual di majlis menonton filem Paskal yang dihadiri lebih 40 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Jannah berlangsung di MMcineplexes, Petaling Jaya.

Turut dimeriahkan dengan barisan pelakon lain seperti Ammar Alfian, Taufiq Hanafi dan Gambit Saifullah.

Acara itu diserikan lagi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking.

Naskhah arahan Adrian Teh yang menelan kos pembikinan RM10 juta itu mula ditayangkan di pawagam sejak 27 September lalu.

Diterbitkan Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw, filem daripada cerita benar ini mengangkat kisah perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 serta misi merampas kapal dagang MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)