Oleh pada 11 Dec 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @astroshaw

Filem Polis Evo 2 yang mengetengahkan gandingan pelakon Zizan Razak dan Shaheizy Sam berjaya mencatatkan kutipan RM20 juta hanya dalam 17 hari tayangan sahaja.

Menerusi Instagram, Astro Shaw selaku pihak penerbit meluahkan kegembiraan terhadap pencapaian besar diraih filem bercorak kepolisan itu. jumlah kutipan mengagumkan polis evo 2 selepas 17 hari tayangan 2 922

Kredit foto: Instagram @astroshaw

"Alhamdulillah, hasil sokongan anda semua, Polis Evo 2 telah meraih kutipan melebihi RM20 juta dalam tempoh 17 hari! Terima kasih boh!

"Jom kita ke balai pawagam yang berdekatan. Semarakkan semangat Polis Evo 2," tulisnya di kapsyen.

Tidak hanya itu, rata-rata pengikut melahirkan rasa kagum dengan kualiti penghasilan filem bergenre aksi itu.

"Tahniah. Cerita ni memang terbaik. 

"Patutnya lagi tinggi tu. Filem bagus sangat.

"Harap ada Polis Evo 3.

"Harap dapat RM30 juta atau RM40 juta lebih. All the best," komen beberapa netizen.

Selain Zizan dan Sam, turut berlakon dalam Polis Evo 2 adalah Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock dan Tanta Ginting.

Selain itu, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Fir Rahman, Jeff Catz dan Dennis Yin. 

Di bawah arahan Joel Soh dan Andre Chiew, filem terbitan bersama Astro Shaw dan Surya Citra Media (SCM) serta produksi oleh BlackFlag ini mengisahkan sekumpulan penduduk kampung yang dipaksa menjadi tebusan apabila kawasan tempat tinggal mereka ditawan pengganas.

Filem berdurasi 125 minit ini kini boleh ditonton di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei, juga Singapura menerusi tayangan awal yang terlebih dahulu diadakan pada 23, 24 dan 25 November lalu, diikuti tayangan rasminya pada 29 November lalu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)