Oleh pada 28 Nov 2018 kategori

ini kutipan luar biasa polis evo 2 selepas 5 hari tayangan 1

Kredit foto: Instagram @astroshaw

Filem Polis Evo 2 terus melakar kejayaan dengan kutipan melebihi RM10 juta dalam tempoh lima hari tayangan sahaja!

Pelakon Shaheizy Sam selaku teraju utama filem berkenaan menerusi laman Instagramnya merakamkan ucapan penghargaan kepada para penonton yang memberikan sokongan.

ini kutipan luar biasa polis evo 2 selepas 5 hari tayangan 2

Kredit foto: Instagram @shaheizy_sam

"Hasil sokongan anda semua, Polis Evo 2 meraih kutipan melebihi RM10 juta dalam lima hari tayangan.

"Terima kasih boh! Jom kita ke balai pawagam yang berdekatan dan semarakkan semangat Polis Evo 2," tulisnya.

Hampir semua netizen di ruangan komen mengakui menyukai filem bercorak kepolisan itu. 

"Dua kali dah tengok bos. Memang layan.

"Alhamdulillah. Yang boikot tu tengok juga kot.

"Disebabkan kontroversi itu secara tak langsung juga membantu mempromosikan Polis Evo 2. Tahniah. Filem yang berkualiti, bukan sampah. Rugi kalau tak tengok.

"Pecah rekod. Harap-harap Polis Evo 3 akan datang," komen beberapa pengikut.

Sebelum ini Polis Evo 2 mencipta rekod tersendiri apabila mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 3.5 juta untuk tayangan pembukaan di pawagam pada 22 November lalu.

Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu dibintangi barisan pelakon ternama, antaranya Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock dan Tanta Ginting.

Selain itu, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Fir Rahman, Jeff Catz dan Dennis Yin.

Filem terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini mengisahkan sebuah kampung yang menjadi tawanan pengganas hingga membuatkan penduduknya dijadikan tebusan.

Polis Evo 2 yang ditayangkan di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei turut menembusi pawagam Singapura menerusi tayangan awal pada 23, 24 dan 25 November lalu, manakala tayangan rasminya pada 29 November ini.



Hakcipta iluminasi.com (2017)