Oleh pada 25 May 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Lim Guan Eng & Facebook Friends Of Arul Kanda

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersedia menunggu tindakan lanjut iaitu disaman oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berhubung kenyataannya berkaitan syarikat itu, kelmarin.

Menurut Lim, Arul merupakan satu-satunya kakitangan 1MDB dan syarikat itu kini dimiliki Kementerian Kewangan.

Terdahulu, Lim mengumumkan bahawa 1MDB telah muflis dan tidak mampu membayar hutang iaitu faedah pinjaman berjumlah RM143.75 juta yang sepatutnya diselesaikan pada 30 Mei ini.

Malah, dakwaan bayaran hutang 1MDB dibuat melalui rasionalisasi serta terdapat pelaburan bernilai RM9.8 bilion di luar negara juga didedahkan sebagai suatu penipuan semata-mata.

Sehubungan itu, Arul dilaporkan meminta nasihat guaman kerana menyifatkan dakwaan Lim bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai sebagai serangan peribadi dan tidak tepat.

Sumber:

1. Facebook Berita Harian Online [1, 2]

2. Facebook Astro Radio News

3. Facebook Harian Metro

4. Facebook Astro Awani [1, 2]

5. Facebook Berita Mediacorp

6. Facebook Bernama News Channel

7. Facebook Free Malaysia Today [1, 2]

8. Facebook KiniTV

9. Facebook The Edge Malaysia

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)