najibrazakletakjawatan 360

Kredit foto asal: Instagram Najib Razak

Sejumlah lima anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari ini.

Pihak polis juga mula bertindak menutup dan mengawal ketat laluan keluar masuk ke kediaman tersebut yang terletak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa, tindakan tersebut dibuat untuk memastikan kediaman itu berada dalam keadaan selamat.

selepas disenarai hitam imigresen kediaman najib pula ditutup

Kredit foto: Instagram Buletin TV3

Hanya pelawat tertentu sahaja diberikan keizinan untuk masuk seperti sekumpulan ahli Kelab Anak Wawasan Pekan.

Balai polis bergerak turut ditempatkan serta pemeriksaan dilakukan terhadap sesiapa atau mana-mana kenderaan yang mahu menggunakan laluan tersebut.

Pihak media tempatan serta antarabangsa tidak dibenarkan masuk dan masih lagi menantikan sebarang berita terkini tentang arahan kawalan keselamatan berkenaan.

Sumber:

1. Facebook Bernama News Channel

2. Instagram Buletin TV3

3. Facebook Sinar Harian

4. Facebook Free Malaysia Today

5. Youtube KiniTV


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)