Bagi sesetengah individu, pengambilan kopi setiap hari terutamanya pada waktu pagi sudah menjadi satu ketagihan. Kandungan kafein yang terdapat dalam secawan kopi bukan sahaja boleh mengurangkan perasaan mengantuk, tetapi juga boleh menyebabkan ketagihan kepada peminumnya.
Namun, tidak semua individu boleh mengambil kafein. Segelintir individu akan merasa pening kepala dan mengalami beberapa kesan sampingan lain. Bagi yang mahu meminum kopi tetapi tidak mahu kandungan kafein padanya, maka kopi tanpa kafein (disebut decaffeinated atau decaf untuk singkatannya) menjadi pilihan.
BESARKAN TEKS A- A+
Kopi decaf ini adalah kopi yang diperbuat daripada biji kopi yang mana sekurang-kurangnya 97% kafein daripadanya telah dibuang. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menghilangkan kafein dari biji kopi antaranya termasuk menggunakan air, pelarut organik atau karbon dioksida.
Sejarah penghasilan kopi decaf
Kopi pertama tanpa kafein hanya dihasilkan sekitar tahun 1905 di Bremen, Jerman oleh Ludwig Roselius, seorang pembakar biji kopi. Beliau telah menjumpai teknik khas untuk membuang kafei pada biji kopi.
Menurut catatan dalam buk buku "100 Years of Kaffee HAG", Roselius mengaitkan penghasilan kopi decaf ini dengan kematian ayahnya pada tahun 1902 kerana terlalu banyak minum kopi.
Maka, beliau mencipta kopi tanpa kafein untuk menyelamatkan orang lain daripada mengalami masalah ketagihan yang sama. Kisah ini ada logiknya memandangkan ayahnya pernah bekerja di industri pemprosesan kopi.
Namun, ada juga pihak yang mengatakan bahawa kopi tanpa kafein sebenarnya dicipta secara tidak sengaja. Dalam satu penghantaran biji kopi kepadanya, kapal tersebut telah dibanjiri dengan air laut sehingga menngakibatkan biji-biji kopi tersebut basah.
Namun, beliau tidak membuangnya. Sebaliknya, biji kopi tersebut dikeringkan dan dibru. Beliau dan kumpulannya mendapati bahawa rasa kopi tersebiut tidak banyak bezanya dengan biji kopi biasa cuma rasanya sedikit masin kerana sudah terendam lama dalam air masin. Menariknya, mereka dapati air laut tersebut telah membuang kafein pada biji kopi tersebut.
Ludwig Roselius dan kumpulannya kemudian telah memfailkan paten pemprosesan untuk menghasilkan kopi decaf ini di Jerman pada tahun 1905. Tahun berikutnya, beliau mengasaskan syarikat berkaitan kopi yang diberi nama Kaffee Handels-Aktiengesellschaft (lebih dikenali sebagai Kaffee HAG).
Syarikatnya ini kemudian memasarkan kopi decaf ini sebagai kopi premium untuk pasaran Jerman. Tidak lama kemudian, beliau memula memasarkan kopi ini ke seluruh pasaran Eropah dengan label Sanka atau “sans caféine” yang bermaksud tanpa kafein.
Kopi ini mula masuk ke pasaran Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Pertama. Menjelang 1920-an dan 1930-an, kopi ini mula dipasarkan dengan dakwaan bahawa ianya pilihan yang lebih sihat dan bagus untuk kesihatan jantung dan tubuh badan.
Kecintaan Nazi terhadap kopi decaf
Ketika tahun-tahun terawal kemunculan kopi tanpa kafein ini, ianya telah mendapat perhatian pegawai-pegawai tentera Nazi yang dikenali sebagai Third Reich. Malah, pegawai-pegawai tingginya juga mengesyorkan pengambilan kopi decaf ini kerana menurut mereka kafein umpama racun bagi mereka.
Saranan in dibuat bukan atas kempen kesihatan semata-mata, tetapi merupakan sebahagian daripada polisi kerajaan untuk memelihara populasi dan keturunan orang Aryan.
Geoffrey Cocks, pengarang buku The State of Health: Illness in Nazi Germany, mengatakan bahawa Nazi "sungguh-sungguh percaya bahawa itu adalah tugas dan tanggungjawab mereka, bukan hanya untuk melindungi kesihatan individu Jerman, tetapi kesihatan seluruh orang Jerman daripada segi biologi dan memelihara entiti kaum Aryan".
Selain itu, Parti Nazi turut mengambil langkah-langkah untuk memperingatkan kaum Aryan mengenai bahaya kafein. Buku Hitler Youth Handbook (1941) tulisan sejarawan sains Stanford, Robert Proctor, menyatakan bahawa "sekurang-kurangnya bagi orang muda, kafein adalah racun".
Kerana pengaruh dan polisi Parti Nazi ini, maka menjelang 1930-an, pengaruh kopi decaf terus berkembang ke seluruh negara. Walaupun kempen-kempen kerajaan seperti anti-merokok dan anti-alkohol gagal, kempen pengambilan kopi decaf terus berjaya memandangkan ianya dilihat sebagai status atau simbol kemewahan.
Di luar negara pula, populariti kopi tanpa kafein atau lebih dikenalii sebagai Sanka terus melonjak naik selepas zaman perang.
Ironinya, walaupun Parti Nazi mempromosikan kopi tanpa kafein untuk manfaat kesihatannya, mereka tidak menyedari bahawa mereka diracuni oleh sisa benzena dalam minuman yang merupakan kesan sampingan dari kaedah yang digunakan Roselius untuk membuat kopi decaf.
Walaupun mereka melihat kafein sebagai "racun" tidak sihat, mereka tetap dengan senang hati mempromosikan coklat yang dibekalkan dengan dadah metamfetamin kerana ia menjadikan tenteranya produktif.
Kredit: