Pelakon Noryati Taib atau cukup dikenali dengan gelaran 'Makcik Petir' dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kerana jangkitan kuman pada paru-paru.
Anak saudaranya, Shahrulezad Mohameddin yang juga merupakan seorang pengarah drama memberitahu Noryati yang berusia 60 tahun dimasukkan semula ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru sejak pagi Isnin.
Sebenarnya Mak Uda (Noryati) dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu kerana penyakit diabetes dan dia sudah dibenarkan pulang sejak semalam (Ahad) dan keadaannya baik sahaja.
Bagaimanapun apabila sampai ke rumah dia tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum bapa saudara saya membawanya kembali ke hospital dan saya dimaklumkan Mak Uda mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Mengulas lanjut tentang keadaan Noryati, Shahrul berkata dia kini diletakkan dalam keadaan koma untuk membenarkannya berehat.
Namun, keadaannya kritikal sewaktu dimasukkan ke Unit Penjagaan Kritikal (CCU) pada pagi Isnin sebelum dipindahkan ke Unit Penjagaan Intensif (ICU) di hospital sama.
Apa saya diberitahu oleh sepupu saya keadaannya masih kritikal dan saya sedang menghabiskan satu babak drama arahan saya iaitu Monalisa sebelum bergegas pulang ke Johor untuk menziarahinya.
Noryati sepatutnya berlakon dalam drama itu tetapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan saya minta dia berehat.
Saya mohon kepada semua peminat mendoakan agar kesihatan ibu saudara saya kembali pulih.
Untuk pengetahuan, Noryati mula bertapak sebagai seorang pelakon secara tiba-tiba tanpa dirancang menerusi drama 'Abang Mak Panggil Balik' dan kemudian muncul dalam drama 'Sinderela' yang diarahkan oleh Shahrul sendiri pada tahun 2008.
Antara drama bersiri yang pernah dijayakan oleh Noryati ialah 'Tari Tirana', 'Dottie', 'Syurga Mu Ramadan', 'Cik Kiah Koleh Kacang', 'Menantu Malam Raya' dan 'Budak Ijat'.
Sumber berita: mStar Online