Oleh pada 28 Jun 2021 kategori

Sebenarnya, terdapat banyak negara di dunia yang mempunyai sejarah yang panjang dan mengagumkan. Namun, untuk menentukan negara manakah tertua di dunia, kita harus terlebih dahulu membezakan antara sesebuah negara dan empayar.

Empayar VS Negara

Empayar ditakrifkan sebagai satu unit politik di mana peraturannya meliputi kawasan besar merangkumi beberapa buah negara atau wilayah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Manakala negara pula didefinisikan sebagai sebuah kawasan yang meliputi negeri-negeri berdaulat dengan wilayah, populasi dan pemerintahannya sendiri.

Empayar

Empayar wujud sejak zaman kuno lagi seperti di China, Jepun, Parsi (Iran) Yunani, Rom, Mesir, Turki dan India. Namun, ia berbeza dengan negara moden yang kita kenali pada hari ini.

Tarikh tertubuhnya empayar-empayar ini tidak berkaitan dengan penubuhan negara moden walaupun kedua-dua itu berada pada tempat yang sama. Biasanya, empayar mempunyai pemerintahan pusat yang memerintah jajahan mereka yang luas.

Pembentukan empayar kuno sebahagian besarnya terdiri daripada gabungan kota-kota atau wilayah kekuasan yang bertindih dengan pemerintahan setempat. Biasanya, wilayah sesebuah empayar itu diperolehi melalui peperangan atau perkahwinan diraja.

bendera empayar

Wilayah atau kota di dalam sesebuah empayar bukanlah berfungsi sebagai entiti yang bersatu tetapi dianggap sebahagian dari kerajaan yang sama. 

Negara

Empayar adalah jauh berbeza dengan negara-negara moden atau negara berdaulat. Kebanyakan negara moden muncul pada abad ke-19. Negara moden dan empayar hanya bertembung untuk masa yang singkat.

Biasanya, kejatuhan sesebuah empayar adalah permulaan bagi kewujudan negara moden. Negara yang ada pada hari ini muncul dari pembubaran empayar dan terbentuk di sekitar komuniti yang berkongsi geografi, bahasa dan budaya.

Walaupun sukar untuk menentukan negara mana paling lama wujud tetapi terdapat tiga negara yang paling kerap disebut para pengkaji sebagai negara tertua di dunia.

San Marino

san marino 115

Dalam banyak catitan, Republik San Marino yang merupakan salah satu negara terkecil juga dipercayai sebagai negara tertua di dunia. Negara unik yang terletak di dalam negara Itali ini ditubuhkan pada 3 September tahun 301 SM.

Sebuah biara di puncak Gunung Titano yang dibina pada abad ke-6 SM dikatakan pusat komuniti dan pemerintahan San Marino. Walau bagaimanapun, negara ini tidak diakui sebagai merdeka sehinggalah pada tahun 1631 Masihi oleh pope yang merupakan individu paling berkuasa ketika itu.

Perlembagaan San Marino yang ditulis pada tahun 1600 merupakan perlembagaan tertua di dunia.

Jepun

Sejarah Jepun sebagai sebuah empayar dan negara boleh dikatakan agak membingungkan. Menurut sejarah Jepun, maharaja kolonial pertama iaitu Maharaja Jimmu telah menubuhkan negara Jepun pada 660 SM.

maharaja jimmu

Maharaja Jimmu

Namun, tidak sehingga sekurang-kurangnya sehingga abad ke-8 Masehi barulah agama dan budaya Jepun yang ada pada hari ini tersebar ke seluruh kepulauan itu. 

Sepanjang sejarahnya yang panjang, Jepun telah mempunyai pelbagai jenis pemerintahan dan pemimpin. Walaupun negara itu meraikan tahun 660 SM sebagai tahun penubuhannya tetapi Jepun moden yang kita kenali pada hari ini sebenarnya bermula pada era Pemulihan Meiji pada 1868.

China

Dinasti pertama yang tercatat dalam sejarah China adalah kira-kira 3,500 tahun yang lalu ketika dinasti Shang memerintah dari abad ke-17 hingga ke-11 SM.

Namun, negara moden China meraikan tahun 221 SM sebagai tarikh penubuhannya. Pada tahun 221 SM, Qin Shi Huang mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja China yang pertama. China telah melalui banyak perubahan dan dinasti untuk menjadi negara yang kita kenali pada hari ini.

makam qin shi huang

Tentera Terracotta - Penjaga makam Qin Shi Huang

Pada abad ke-3 Masihi, dinasti Han telah menyatukan budaya dan tradisi Cina. Namun, kaum Mongol telah menyerang China pada abad ke-13 dimana mereka menghapuskan sebahagian populasi dan kebudayaan negara itu.

Dinasti Qing merupakan dinasti terakhir China dan telah digulingkan semasa revolusi pada tahun 1912 yang menjadi permulaan kepada Republik China.

Akhirnya, Republik China telah digulingkan oleh pemberontak komunis, Mao Tse Tung, pada tahun 1949 dan bermulanya Republik Rakyat China. Inilah China yang dunia kenali pada hari ini.

Lebih banyak negara moden tertua

Negara-negara moden seperti Mesir, Iraq, Iran, Greece dan India sebenarnya mempunyai sejarah empayar kuno yang lama. Namun, negara moden pada hari ini sangat sedikit mencerminkan empayar pada masa lalu.

Sebahagian besar negara-negara moden ini sebenarnya muncul pada abad ke-19. Kebanyakan nama negara moden yang dikenali pada hari ini juga sebenarnya tiada dalam catatan sejarah lama.

peta dunia kuno

Selain San Marino, Jepun dan China, terdapat beberapa lagi negara moden yang telah lama ditubuhkan dan mempunyai sejarah yang panjang. Antaranya ialah :

  • Perancis - 843 Masihi
  • Austria - 976 Masihi
  • Hungary - 1001 Masihi
  • Portugal - 1143 Masihi
  • Mongolia - 1206 Masihi
  • Thailand - 1238 Masihi
  • Andorra - 1278 Masihi
  • Switzerland - 1291 Masihi
  • Iran - 1501 Masihi



Hakcipta iluminasi.com (2017)