pengajaran dari gelombang kedua covid 19 di hokkaido jepun

Ia pernah dilihatkan sebagai satu kisah kejayaan, di mana sebuah wilayah yang bekerja keras untuk menahan, mengesan dan mengasingkan novel koronavirus telah membuahkan hasil apabila jumlah jangkitan menurun dengan begitu tinggi. 

Namun kini, Hokkaido kembali menjadi perhatian apabila ia bergelut untuk menangani gelombang kedua wabak COVID-19.

Pada penghujung Februari, Hokkaido menjadi kawasan pertama di Jepun yang mengisytiharkan darurat disebabkan oleh penularan wabak ini.

Sekolah-sekolah ditutup, perhimpunan berskala besar dibatalkan dan orang ramai "digalakkan" untuk tinggal di rumah.

Kerajaan tempatan tekad memerangi virus ini di mana mereka mengesan dan mengasingkan dengan begitu agresif ke atas sesiapa sahaja yang mempunyai kontak dengan pesakit positif.

darurat di jepun covid 19

Dasar ini berhasil dan menjelang pertengahan bulan Mac, jumlah kes positif COVID-19 baharu merudum iatu sekitar satu atau dua kes sahaja sehari.

Pada 19 Mac, keadaan darurat ditarik balik dan bermula bulan April, sekolah-sekolah dibuka semula.

Akan tetapi, selepas 26 hari sahaja selepas pulau ini "bebas" dari COVID-19, darurat sekali lagi diisytiharkan.

Hokkaido bertindak secara bebas daripada pemerintah pusat, yang mana mengisytiharkan darurat ke atas Tokyo, Osaka dan lima wilayah lain minggu lalu.

Darurat diistiharkan di seluruh negara pada 14 April.

Hampir berjaya bebas COVID-19

proses sanitasi di jepun covid 19

Pada pertengahan bulan April, Hokkaido telah merekodkan 135 kes baharu COVID-19. Tidak seperti penularan pertama pada Februari, tiada bukti bahawa virus ini dibawa atau diimport semula dari luar Jepun.

Langsung tiada kes baharu yang melibatkan pendatang asing dan tiada seorang pun pesakit baharu yang ke luar negara dalam tempoh terdekat. 

Jadi, apa pengajaran yang kita boleh ambil daripada bagaimana penularan wabak ini dikendalikan di Hokkaido?

Yang pertama, jika kita bertindak pantas dari awal, kita boleh mengawalnya.

Menurut Profesor Kenji Shibuya dari King's College London, adalah mudah untuk sesuatu kluster itu dipatahkan, untuk mengesan kontak dan juga mengasingkan.

"Pihak berkuasa (Hokkaido) cukup berjaya dalam pendekatan kawalan kluster mereka. Jepun berada pada fasa awal wabak ketika itu. Ia hanya melibatkan kawasan setempat dan merupakan satu kisah kejayaan," kata kata Profesor Kenji Shibuya.

profesor kenji shibuya

(Profesor Kenji Shibuya)

Dalam hal ini, Hokkaido mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku di bandar Daegu di Korea Selatan. Di Daegu, wabak besar dalam kumpulan agama dikesan secara agresif. Mereka yang dijangkiti diasingkan dan wabak ditangani.

Selepas wabak Daegu, kerajaan Korea Selatan memulakan program ujian besar-besaran untuk cuba mengesan wabak ini, tetapi Jepun melakukan yang sebaliknya. apa yang dilakukan oleh Jepun adalah sebaliknya. 

Malah sekarang, lebih daripada tiga bulan selepas Jepun merekodkan kes pertama mereka, mereka masih melakukan ujian ke atas sebahagian kecil populasi sahaja.

Pada mulanya, kerajaan Jepun berkata bahawa ujian besar-besaran adalah satu "pembaziran sumber". 

Kini ia harus berubah dan berkata akan meningkatkan jumlah ujian, namun beberapa sebab yang dikemukakan kelihatan seperti membantutkan usaha ini.

Pertama, kementerian kesihatan Jepun bimbang hospital akan dibanjiri oleh pesakit yang positif, tetapi hanya mempunyai gejala ringan.

Dan pada skala yang lebih besar, ujian tersebut adalah tanggungjawab pusat kesihatan tempatan dan bukan pada peringkat kerajaan nasional.

jepun isytiharkan darurat covid 19 881

Sebilangan pusat tempatan tidak dilengkapi dengan kakitangan atau peralatan untuk mengendalikan ujian dalam skala besar.

Talian hotline tempatan telah dibanjiri dengan panggilan telefon, malah sukar untuk mendapatkan rujukan dari doktor.

Menurut Profesor Kenji, gabungan sebab-sebab ini bermakna pihak berkuasa Jepun tidak mempunyai idea yang jelas tentang bagaimana virus itu bergerak dan tersebar melalui masyarakat.

"Kita sekarang berada di tengah-tengah fasa letupan wabak ini. Pengajaran utama yang perlu diambil dari Hokkaido adalah walaupun pembendungan kali pertama yang dilakukan adalah berjaya, adalah sukar untuk mengasingkan dan mengekalkan pembendungan ini untuk jangka masa yang panjang. Jika anda tidak mengembangkan kapasiti ujian, sukar untuk mengenal pasti penularan komuniti dan penularan hospital," kata Profesor Kenji.

Jalan yang masih panjang

rakyat jepun masih ke tempat kerja walaupun darurat 418

Pengajaran ketiga adalah "realiti baharu" yang dihadapi ini akan berlangsung lebih lama daripada yang kita jangkakan.

Hokkaido kini telah mengenakan semula sekatan, walaupun versi perintah berkurung COVID-19 Jepun adalah lebih lembut daripada yang dikenakan di negara lain.

Sebahagian besar daripada rakyat Jepun masih ke tempat kerja dan walaupun sekolah ditutup, namun kedai-kedai dan bar dibenarkan untuk dibuka.

Profesor Kenji berpendapat bahawa tanpa langkah yang lebih keras, Jepun tidak mempunyai harapan untuk mengawal jangkitan yang disebut sebagai "gelombang kedua" yang sedang berlaku ketika ini. Bahkan bukan hanya Hokkaido, tetapi seluruh Jepun akan gagal.  

Pengajaran paling penting daripada kisah ini adalah walaupun pembendungan di sesebuah lokasi itu berjaya tetapi penularan masih berlaku di bahagian lain, selagi ada orang yang bergerak, maka sukar untuk lokasi berjaya itu mengekalkan status bebas COVID-19, kata Profesor Kenji.

balik kampung raya covid 19

Sebagai contoh, jika Perlis dan Kedah tidak mencatatkan sebarang kes baharu, namun selagi ada orang yang bergerak ke sana ke sini lebih-lebih di musim perayaan ini, maka kemungkinan besar kes baharu akan melonjak naik.

Dan walaupun darurat yang dikenakan semula di Hokkaido akan tamat pada 6 Mei, namun seorang pegawai kerajaan tempatan yang berusaha menangani penularan wabak di Hokkaido memberitahu bahawa mereka mungkin mengenakan langkah-langkah yang sedang dilakukan untuk tempoh yang lebih lama. menjaga langkah-langkahnya lebih lama.

"Kami rasa kami perlu terus melakukan perkara yang sama. Matlamatnya adalah untuk meminimakan kontak antara individu untuk menghentikan penularan virus ini," kata pegawai tersebut.

Jadi, berapa lama yang dimaksudkan ini? Pegawai itu menjawab, "Sehingga kita menemui vaksin. Kita perlu terus cuba untuk menghentikan penularan ini,".



Hakcipta iluminasi.com (2017)