Kredit foto: Twitter.com/SitiUmmaimah

Aktres, pengacara dan usahawan Neelofa terdahulu menerima kritikan hebat orang ramai apabila terlibat dengan isu panas iaitu melancarkan koleksi tudung terbarunya di sebuah kelab malam.

Biarpun sudah meminta maaf, masyarakat bagaikan masih tidak henti-henti menghukum dirinya sehingga ke saat ini.

Disebalik cacian yang dilemparkan terhadapnya, Neelofa memilih jalan profesional untuk tidak terlalu mengambil pusing akan kecaman masyarakat untuk meredakan isu berkenaan.

Melalui sebuah perkongsian terkini di Twitter dimana Neelofa dikatakan memakai tasbih digital di jarinya telah mendapat tumpuan ramai.

Ini sekaligus berjaya menukar tanggapan negatif netizen tentang pelakon jelita itu.

neelofa pakai tasbih digital persepsi netizen berubah 1

neelofa pakai tasbih digital persepsi netizen berubah 2 818

Kredit foto: Instagram.com/neelofa

Gambar itu menunjukkan reaksi mengejut Neelofa apabila pihak Air Asia merancang untuk menghadiahkan sejambak bunga tanpa diketahuinya dalam kapal terbang.

Hadiah itu diberikan atas pencapaian beliau yang cukup membanggakan apabila dicalonkan dalam senarai Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara).

Sumber berita:

1. myartis.com

2. Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)