Aktres Neelofa mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa keping fotonya sedang bercuti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Antara foto yang menjadi tumpuan ialah ketika Neelofa bermanja dengan ikan lumba-lumba di Marine and Waterpark, Atlantis The Palm hingga menimbulkan rasa cemburu di kalangan netizen.

foto cium neelofa jadi tumpuan 2

"Melalui banyak pengalaman baru di Dubai, termasuk merasai kasih sayang daripada ikan lumba-lumba yang baik ini. Saya cium ikan lumba-lumba ini dan saya sukakannya," tulis Neelofa dalam kapsyen.

Kiriman yang dimuat naik pada pagi Ahad itu telah meraih 177 ribu tanda suka dan hampir 1600 komen.

Ramai netizen cemburu melihat aksi mesra mereka, tambahan pula ikan tersebut mendapat peluang untuk mencium pipi Neelofa!

foto cium neelofa jadi tumpuan 3

"Alalaaa.. manjanya si dolphin ni dengan Neelofa," tulis kristal1955 di ruangan komen.

"Untunglah jadi ikan itu... Mimpi indahlah malam ni," ulas amirzulhafiz93.

"Kenapa cium dolphin tu? Alaa... Hmmmm," keluh redzuwwann pula.

Difahamkan, dalam carian Twitter mendapati Neelofa telah berada di Dubai sejak 19 Disember bertujuan untuk mempromosikan Tahun Melawat Dubai anjuran kementerian pelancongan negara itu.

Antara tempat dilawati beliau termasuk Desert Safari Dubai, Nusr-Et Dubai, Four Seasons Resort Dubai, menara tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa dan banyak lagi.

foto cium neelofa jadi tumpuan 4

foto cium neelofa jadi tumpuan5

foto cium neelofa jadi tumpuan 6

Kredit foto: Instagram Neelofa

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)