neelofa mula tugas di airasia semalam

Kredit foto: Instagram Neelofa

Aktres dan hos terkenal, Neelofa memulakan tugas sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia, semalam.

Menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa kumpulan itu yang berlangsung di Ibu Pejabat AirAsia, KLIA, Sepang, Neelofa dilihat berbual mesra dengan rakan sekerja barunya.

Mengulas perasaannya dalam penglibatan pertama di EGM AirAsia, Neelofa atau nama lahirnya, Noor Neelofa Mohd Noor akui ia pengalaman yang menakjubkan.

“AirAsia menyambut baik kehadiran saya di sini. Mendengar segala lontaran idea dan pandangan dari setiap individu yang hadir, membuatkan saya yakin, mengapa AirAsia mampu berdiri gah di mata dunia seperti sekarang.

“AirAsia dipenuhi dengan mereka yang sangat ‘passionate’ dan kreatif!

“Pastinya, pengalaman ini saya akan simpan dan gunakan untuk kebaikan diri sendiri, perniagaan dan orang lain. Tirai 2018 saya dibuka dengan jayanya,” katanya kepada Astro Gempak.

Pelakon Red Velvet ini dilihat selesa dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan peranan barunya selepas membuat beberapa revisi mengenai AirAsia dan bidang penerbangan.

Malah, Neelofa, 29, tampak tenang dalam tempoh kira-kira 5 jam mesyuarat berlangsung.

Sementara itu, Neelofa meluahkan rasa teruja di laman Twitter berhubung pengalaman hari pertamanya itu.

neelofa mula tugas di airasia semalam 2

Kredit foto: Twitter Neelofa

Penyertaan Neelofa dalam syarikat berkenaan adalah rentetan pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes yang dibuat pada 8 Disember 2017 lalu.

Tony menyifatkan pelantikan selebriti itu sebagai usaha membantu untuk memajukan jenama syarikat menjadi antara syarikat tambang murah paling sohor di dunia.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)