Oleh pada 04 Apr 2018 kategori

adik neelofa dikecam lagi kali ini kerana video aksi yoga menggoda 1

Kredit foto: Instagram Ameera Khan

Nampaknya nama adik Neelofa, Ameera Khan atau Little Miss Khan terus panas apabila terlibat dengan satu lagi kontroversi baru yang menjadi bualan hangat.

Umum sedia maklum, sebelum ini beliau terlebih dahulu menimbulkan isu kerana didakwa telah memperlekehkan jenama telefon pintar popular, Samsung.

Namun kali ini, Ameera dikritik hebat apabila tampil dalam sebuah video yang mamaparkan dirinya melakukan senaman Yoga dalam aksi yang dianggap menggoda.

adik neelofa dikecam lagi kali ini kerana video aksi yoga menggoda 2

Kredit foto: Instagram Ameera Khan

Rakaman berkenaan dimuatnaik menerusi Insta Story akaun Instagram peribadi remaja berusia 17 tahun ini.

Rentetan itu, sesetengah pihak beranggapan Ameera seakan sengaja mencipta beberapa siri kontroversi untuk meraih publisiti murahan serta mendapatkan perhatian umum.

Pun begitu, sepeti kebiasaan, gadis muda ini tidak melatah, namun bersikap tenang berhadapan dengan cemuhan berterusan daripada pengguna media sosial.


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)