Kredit foto: Instagram Shila Amzah

Selepas Neelofa, seorang lagi selebriti Malaysia berjaya mengharumkan nama negara apabila tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

Tahniah diucapkan kepada NurShahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali umum dengan nama Shila Amzah, 28, yang dipilih untuk tersenarai di bawah kategori Selebriti anugerah berkenaan.

Shila yang mencipta nama di negara China merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu, pelakon, ahli perniagaan dan penerbit rakaman yang masyhur dan tidak asing lagi dari Malaysia.

Sebelum ini, namanya menjadi sohor selepas meraih kemenangan dalam pertandingan nyanyian bertaraf antarabangsa, Asian Wave serta muncul sebagai naib-johan dalam I Am A Singer (Musim 2). Beliau juga digelar Asia’s Sweetheart (Buah Hati Asia), Princess of Music (Puteri dalam Muzik) dan National Treasure of Malaysia (Khazanah Negara Malaysia).

selepas neelofa giliran shila amzah tersenarai dalam forbes 30 under 30 asia 2018 2

Kredit foto: Instagram Shila Amzah

Acara tahunan itu kini memasuki tahun ketiga dengan mengiktiraf 30 penerima dalam 10 kategori berlainan.

Dalam pada itu, Shila melahirkan rasa syukur sebagai reaksi balas kepada penganugerahan yang diterima.

selepas neelofa giliran shila amzah tersenarai dalam forbes 30 under 30 asia 2018 3

Kredit foto: Instagram Shila Amzah

Difahamkan, individu yang disenaraikan merupakan mereka yang berada dalam kelompok umur bawah 30 tahun serta dipilih oleh para penilai yang merupakan tokoh terkemuka dalam bidang masing-masing.

Selain Shila, kumpulan pop korea, Bangtan Sonyeondan (BTS) yang diminatinya turut berada dalam kategori sama.

Terdahulu iaitu pada tahun lalu, Neelofa terpilih sebagai 300 individu dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Pemilik nama asal Noor Neelofa Mohd Noor, berusia 29 tahun itu adalah pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, dipilih dalam senarai kategori Runcit dan E-dagang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)