Kredit foto: Instagram Noor Kartini

Meskipun sudah mencecah usia 51 tahun, ibu kepada aktres Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed masih kelihatan jelita dan awet muda.

Dalam pertemuan bersamanya di majlis pelancaran koleksi hijab terbaru, Helena by Naelofar Hijab yang berlangsung di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini, Kartini sempat berkongsi beberapa petua ringkas awet muda.

"Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tips ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.

"Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum mandi dan selepas mandi," katanya yang dipetik daripada laporan portal Astro Gempak.

Selain itu, Kartini berkata, dia amat mengutamakan sikap positif dalam menangani isu kehidupan.  

ibu neelofa awet muda 2

Kredit foto: Instagram Noor Kartini

"Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak dan mahu sentiasa kekal positif," ujarnya.

Dalam aspek kesihatan pula, wanita ini mengamalkan beberapa senaman ringan termasuk meluangkan 30 minit bersiar-siar di luar rumah.

"Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama 30 minit untuk kekal aktif," dedahnya lagi.

Untuk info, Helena by Naelofar Hijab adalah rekaan yang dilahirkan khusus bersempena watak Helena lakonan Neelofa dalam drama bersiri terbaru, Red Velvet.

Koleksi itu memperkenalkan beberapa nama unik seperti Sweet Helena, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena dan Silky Helena. Ia merangkumi instant hijab, selendang dan scarf.

Koleksi Helena by Naelofar Hijab boleh didapati secara atas talian menerusi laman web www.naelofarhijab.com dengan harga dari RM60 ke RM99.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)