neelofa pernah berjiran dengan mona fandey 1

Kredit foto: Instagram Neelofa & executedtoday.com

Filem sensasi, Dukun yang menggegar pawagam nyata menjadi topik perbualan hangat sejak minggu lalu.

Manakan tidak, filem yang diperap selama 12 tahun itu dikatakan diilhamkan daripada kisah benar pasangan Mohamed Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail (Mona Fandey) serta pembantu mereka, Juraimi Husin yang bertanggungjawab terhadap kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dalam kejadian yang berlaku pada 13 Julai 1993.

Hadir mempromosikan karya arahan Dain Said itu di program hiburan Meletop baru-baru ini adalah tiga teraju utamanya, Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussien dan Hasnul Rahmat.

Dalam rancangan hiburan itu, pengacara Neelofa mencuri perhatian ramai apabila tampil mendedahkan kisah lampaunya yang pernah berjiran dengan Mona Fandey ketika masih kecil.

Neelofa berkata, gara-gara mempunyai kisah peribadi yang mengaitkannya dengan Mona, beliau tidak dapat tidur selama dua hari selepas sesi pratonton Dukun iaitu sehari sebelum filem itu ditayangkan kepada umum.

neelofa pernah berjiran dengan mona fandey 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

"Saya nak cerita sedikitlah. JIkalau betul filem ini diinspirasikan daripada kisah benar Mona, saya dilahirkan di sebuah kampung di Kelantan di mana rumah saya betul-betul berhadapan dengan rumahnya (Mona) dan sehingga sekarang rumah itu masih ada.

"Saya tak boleh tidur dua malam selepas menonton filem tersebut, lebih-lebih lagi bila bertemu dengan ahli keluarga yang ada gambar bersamanya, makan masakannya. Jadi rasa seperti (filem ini) dekat sangat," katanya.

Dalam pada itu, Umie dan Faizal berkata, terpulang kepada penilaian individu untuk memberi pendapat sama ada karya itu diinspirasikan daripada kisah benar ataupun tidak.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)