Oleh pada 04 Apr 2017 kategori

Nampak gayanya majlis akad nikah pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri masih menjadi bualan hangat orang ramai.

Kali ini, tersebar pula sebuah video Nedim Nazri tersalah sebut nama sebenar Nora Danish iaitu Nora binti Mohd Danish Hanif.

Menerusi laporan laman hiburan Artisbuzz.com, Nedim Nazri dilaporkan menyebut nama Nora dengan salah iaitu Nora Danish binti Mohd Hanif semasa akad nikah kali kedua tanpa disedari sesiapa.

Menerusi video yang berdurasi selama 16 saat itu, Nora dan adik-beradiknya dilihat memandang sesama sendiri seolah-olah ada yang tidak kena dengan situasi itu.

akadnikahnedim2

Kredit foto: artisbuzz.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)