tarikhperkahwinannoradanishdannedim

Kredit foto: plbgaimacam.blogspot.com

Menerusi portal Berita Harian Online semalam, Nora Danish ditanya mengenai tarikh perkahwinannya dengan Nedim melalui aplikasi WhatsApp. Mungkin atas faktor kesibukan kerja, beliau menjawabnya dengan cukup ringkas.

Insya-Allah, itu saja.

Nora bagaikan tidak menafikan berita dilaporkan dalam ruangan pojok sebuah akhbar hari ini yang mengatakan perkahwinannya bersama Nedim bakal dilangsungkan pada hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Sebelum ini, beliau ada memberi kenyataan yang seolah membayangkan dirinya akan bernikah dengan Nedim namun masih tiada tarikh untuk diumumkan.

Memang belum ada sebarang kepastian mengenai soal perkahwinan ketika ini. Namun, saya berharap ia akan tetap dapat dilangsungkan pada tahun ini.Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang ia tidak menjadi kenyataan.

Sumber: BH Online

Apa-apa pun, mari kita doakan semoga pasangan serasi ini cepat bernikah.

Sumber berita: izyan.com & beritamemey.blogspot.com


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)