noradanishbernikah2 horz

Kredit foto: Instagram @josiajusoh & Instagram @royalsbell

Baru-baru ini, pelakon Nora Danish telahpun selamat bernikah dengan pasangannya, Nedim Nazri.

Bagaimanapun, majlis akad nikah itu mendapat kritikan hebat orang ramai kerana beberapa perkara.

Terdahulu, baju akad nikah yang dikenakan Nora pada malam tersebut dikatakan terlalu seksi dan agak kurang bersesuaian.

Selepas itu, beberapa keping foto dan sebuah video yang memaparkan Nedim Nazri mencium mulut Nora turut menjadi tular di laman sosial.

noradanishbernikah3 357

Tindakan itu mendapat kecaman kerana ianya dikatakan tidak patut dipertontonkan kepada umum apatah lagi disaksikan oleh anak mereka sendiri.

Segelintir netizen turut menyifatkan pasangan itu tidak menghormati sensitiviti sebagai seorang yang beragama Islam.

noradanishbernikah4

Sumber gambar: Beautifulnara


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)