Kredit foto: Instagram Nora Danish

Aktres Nora Danish nyaris masuk Unit Rawatan Rapi (ICU) jika tidak segera melahirkan bayi lelakinya, Mohamed Neqayl Nedim atau NeyNey. 

Kata Nora, doktor memaklumkan dia mempunyai dua fibroid yang sangat berbahaya, justeru disarankan supaya melahirkan NeyNey secara pembedahan.

"Ikutkan saya memang nak lahirkan NeyNey secara normal tetapi dinasihatkan oleh Dr. Aziz supaya melakukan pembedahan kerana selepas diperiksa dengan teliti saya ada dua fibroids yang sangat bahaya.

"Saya bersyukur kandungan selamat kerana sebenarnya fibroid ini boleh menyebabkan keguguran dan saya mungkin ada di ICU.

"NeyNey dijangka lahir pada 9 Mac tapi nampaknya dia nak lihat dunia lebih awal. Alhamdullillah, untuk bayi pra-matang, anak saya sihat," dedahnya dalam kiriman Instagram pada Sabtu.

sebelum lahir anak nora danish dedah detik cemas nyaris masuk icu 2

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Entri itu sehingga kini meraih lebih 65,000 tanda suka, berserta kiriman komen rata-rata netizen yang bersyukur kerana proses kelahiran berjalan dengan selamat.

Dalam pada itu, Nora berharap agar para wanita yang merancang untuk mendapatkan anak supaya menjalani pemerikasaan kesihatan terlebih dahulu bagi mengesan sekiranya mereka mempunyai fibroid.

"Saya nak nasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk ada anak supaya buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

"Jika ada fibroids buang dahulu. Saya bertuah sangat kami berdua selamat dan sihat. Syukur kepada Allah dan terimakasih Dr. Aziz," katanya.

Nora melahirkan seorang bayi lelaki seberat tiga kilogram jam 9 pagi pada Khamis di sebuah hospital swasta, Kuala Lumpur.

Nora dan suaminya, Nedim Nazri mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017.

Beliau mempunyai seorang lagi anak daripada perkahwinan terdahulunya iaitu Rayqal, 9.

Manakala Nedim juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)