Kredit foto: Instagram Nedim Nazri

Akhirnya aktres Nora Danish selamat melahirkan anak lelaki, pagi semalam.

Berita itu dihebahkan oleh suaminya, Nedim Nazri menerusi kiriman akaun Instagram peribadinya.

"Syukur alhamdulillah, isteri saya telah selamat.

"Bayi lelaki. Terima kasih atas doa semua," katanya.

Dalam pada itu, Nedim berjanji akan menayangkan wajah bayi mereka dalam tempoh terdekat ini.

Antara lain, sebuah lagi kiriman foto memaparkan Nora yang dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Untuk info, Nora mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Rayqal, 9.

Manakala Nedim juga mempunyai seorang anak dalam perkahwinan pertama iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)