Oleh pada 17 Apr 2018 kategori

Rupa paras yang kelihatan 'innocent' dan 'nerdy' bukan bermaksud seseorang itu seorang yang baik, dan tidak berkemungkinan untuk melakukan jenayah kejam seperti pembunuhan bersiri. Kes Nannie Doss yang dikenali sebagai Giggling Granny di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu membuktikan kenyataan ini.

Latar Belakang Nannie Doss

latar belakang nannie doss

Nama sebenar Nannie Doss adalah Nancy Hazel. Dia dilahirkan di Blue Mountain, Alabama pada tahun 1905 kepada pasangan James dan Louisa Hazel. Nannie mempunyai 3 orang adik beradik perempuan dan seorang abang. Dia mempunyai permulaan hidup yang normal seperti kanak-kanak lain, dan merupakan seorang yang berkelakuan baik. 

Sebagai gadis muda, Nannie membesar dengan novel-novel romantik. Pada usia 16 tahun dia telah mengahwini Charley Bragg, hanya selepas 4 bulan menjalinkan hubungan cinta. Mereka bertemu di sebuah kilang pengeluar kain di mana keduanya bekerja. Mereka memiliki 4 orang anak perempuan sepanjang perkahwinan.

Kehidupan Sebagai Seorang Ibu Mengubah Diri Nannie Doss

nannie doss bersama anak anak

Menjadi seorang ibu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mudah, dan Nannie menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dan dia mula menjadi seorang pemabuk. Apabila 2 orang anak perempuannya mati secara mengejut dan misteri, Charley melarikan diri daripada Nannie bersama seorang lagi anak mereka, Melvina. Charley meninggalkan seorang bayi yang baru lahir, Florine dalam jagaan Nannie.

2 tahun selepas perceraian dengan Charley, Nannie telah berkahwin dengan Frank Harrelson dan mereka tinggal di Anniston, Alabama. Walaupun Frank seorang alkoholik dengan rekod jenayah, perkahjwinan mereka bertahan selama 16 tahun. Namun, segalanya bukan indah belaka. 

Siri Kematian Suami-Suami Nannie Doss Bermula

nannie doss bersama suami pertamanya 297

kematian suami suami nannie doss

Pada tahun 1945 ketika di sebuah parti di rumah mereka, Frank telah menyerang Nannie secara peribadi. Tindakan ini adalah satu kesilapan besar buat Frank dalam jangka masa panjang. Frank telah dilaporkan mati secara misteri akibat keracunan tidak lama selepas kejadian di parti tersebut. 

Nannine kemudiannya berkahwin dengan suami ketiganya, iaitu Arnie Lanning. Mereka bertemu melalui iklan dating dalam sebuah akhbar North Carolina. Seperti Frank, Arnie juga adalah seorang pemabuk dan kaki perempuan. Tidak lama selepas perkahwinan mereka, Arnie telah mati mengejut akibat serangan jantung, sangat misteri. 

Tidak lama selepas kematian Arnie, rumah milik pasangan tersebut telah musnah akibat kebakaran, dan Nannie memperolehi duit insuran rumah. Suami keempat, Richard Morton, mati akibat keracunan misteri tidak lama selepas ibu Nannie, Lou datang untuk tinggal bersama pasangan itu pada tahun 1953. 

Walaupun dengan semua tragedi yang berlaku, Nannie belum puas untuk melalui alam perkahwinan. Malah, tahun yang sama kematian Richard, Nannie berkahwin buat kali kelima dan terakhir. Kali ini, dia berkahwin dengan Samuel Doss yang berasal dari Tulsa. Tidak seperti suami-suami sebelumnya, Samuel adalah seorang yang warak dan kerap ke gereja untuk beribadat. 

nannie doss dengan senyuman menakutkan

Samuel dan Nannie walaubagaimanapun tidak serasi. Tidak lama selepas mereka berpindah bersama, Samuel secara tiba-tiba jatuh sakit disebabkan simptom seperti demam. Dia akhirnya dikesan mengalami jangkitan pada saluran penghadaman, dan berjaya dirawat sembuh di hospital. 

Tidak lama selepas kepulangannya ke rumah, dia ditemui mati. Doktor peribadi Samuel yang terkejut dengan kematiannya yang secara tiba-tiba telah mengarahkan mayat Samuel diautopsi. Doktor menemui sebab kematian sebenarnya adalah disebabkan tahap kandungan arsenik yang tinggi dalam badan Samuel. 

Seperti sesuatu yang tidak kena, mereka mengesyaki berlakunya perbuatan khianat, dan serta merta mebuat keputusan untuk membuat laporan polis. Pihak berkuasa kemudiannya menahan Nannie dan akhirnya dia didakwa menyebabkan kematian Samuel. 

Segala Kebenaran Mula Terbongkar

nannie doss mengaku membunuh ramai orang

Setelah ditangkap, Nannie langsung tidak menyembunyikan apa yang dia lakukan kepada suaminya itu, malah dia turut mengaku membunuh kesemua suaminya sebelum ini. Peliknya, ketika membuat pengakuan, dia kerap kali ketawa sambil menceritakan apa yang dia lakukan kepada mangsa-mangsanya. 

Mengejutkan lagi, Nannie turut mengaku membunuh beberapa lagi orang lain selain suaminya, termasuklah kakak, cucu lelaki dan ibunya sendiri. Namun begitu, dia hanya didakwa atas pembunuhan Samuel, dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup. 

Nannie menjadi terkenal kerana perlakuan peliknya di dalam mahkamah. Dia juga turut digelar sebagai 'Giggling Granny' (Nenek Ketawa) kerana cara ketawa dan senyuman yang aneh ketika menceritakan semula tindakannya yang tidak berperikemanusiaan itu. 

Sesetengah daripada masyarakat menyalahkan kecenderungan membunuhnya itu kepada kecederaan kepala semasa kecil, namun Nannie mempunyai perspektif yang berbeza. Menurutnya, dia mendapat inspirasi tersebut daripada novel cinta romantik bagi mencari suami yang sempurna. 

Nannie menggunakan cara ini untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya akibat pembunuhan yang dilakukan. Kata Nannie kepada polis ketika disoal siasat:

Itulah sebabnya. Saya mencari seorang pasangan yang sempurna, cinta sejati, cinta sebenar kehidupan.  

Walaupun ini bukanlah kisah pembunuhan paling sadis dalam sejarah dunia, namun senyuman dan gelak tawa Nannie dalam menceritakan kejadian yang berlaku pasti membuatkannya sebagai salah seorang penjenayah paling menggerunkan di abad ke-20. 

Gambar ESKTRA

nannie doss di dalam surat khabar

nannie doss dalam tahanan polis 87

nannie doss disiasat

nannie doss ketika disoal siasat

nannie doss semasa disiasat


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)