Oleh pada 12 Oct 2019 kategori

Apabila melibatkan subjek pembunuh bersiri, nama-nama seperti Ted Bundy, John Wayne Gacy dan Jack The Ripper pasti akan bermain di minda.

Jenayah kejam yang mereka lakukan menghantui minda kita sehingga ke hari ini. Namun, terdapat beberapa pembunuh bersiri lain yang mana melakukan jenayah serupa namun kisah-kisah mereka jarang diceritakan.

iluminasi.com kongsikan kisah 5 pembunuh bersiri kejam yang anda tak pernah dengar.

1. Karl ‘The Forgotten Cannibal’ Denke

karl the forgotten cannibal denke

Dilahirkan pada tahun 1870, Karl Denke adalah seorang pembunuh bersiri Prussian yang membunuh 31 mangsa dan mendapat keuntungan dari kejahatannya.

Di bandar lama iaitu Münsterberg, Karl adalah seorang wira masyarakat tempatan yang menjual daging yang lazat di gerainya di pasar.

Tiada siapa yang mempersoalkan di mana dia mendapatkan dagingnya kerana banyak produk masih sukar untuk didapati akibat kesan daripada Perang Dunia Pertama.

Pada tahun 1924, seorang pengemis mendakwa bahawa Karl telah mengayunkan kapak ke kepalanya. Disebabkan sifat Karl yang kelihatan baik, polis pada mulanya tidak percaya cerita pengemis itu tetapi memutuskan untuk membuat penangkapan.

Dia diberitahu dalam di balai polis bahawa rumahnya akan digeledah dan selepas mendengar berita itu, Karl membunuh diri dengan menggantungkan dirinya.

Ini membuatkan pihak polis lebih bimbang dengan apa yang mereka akan temui.

Apa yang mereka temui adalah sangat mengerikan iait periuk yang dipenuhi dengan daging manusia, tulang manusia diletakkan di atas meja, tali pinggang diperbuat daripada kulit manusia dan balang penuh dengan lemak badan dilabel sebagai minyak masak.

Ini membawa kepada kesedaran yang menyeramkan bahawa daging yang dijual di gerai pasar popularnya kemungkinan besar datang dari mayat manusia. 

2. Luis Garavito

luis garavito 183

Pembunuh bersiri Kolombia, Luis Garavito, yang juga dikenali sebagai "The Monster of the Andes", membunuh sekurang-kurangnya 138 mangsa walaupun jumlah mangsa sebenar dipercayai seramai 300 orang.

Dia mensasarkan mangsa-mangsa lelaki yang miskin dan lemah di antara 6 dan 16  tahun dengan menjanjikan wang atau hadiah.

Apabila mangsanya masuk ke dalam perangkapnya, mereka diseksa, dibunuh dan tubuh badan dipotong.

Pada tahun 1997, sebuah kubur besar-besaran mendedahkan mayat-mayat kanak-kanak lelaki yang hilang, membuatkan pihak polis sedar bahawa ia perbuatan pembunuh bersiri.

Polis menemui sepasang cermin mata yang dimiliki oleh seorang dewasa yang terjatuh kubur tersebut dan selepas memeriksa, ia berpadanan dengan masalah mata yang jarang berlaku dialami Luis .

Dia dijatuhkan hukuman penjara 1,853 tahun dan dipisahkan dari semua tahanan lain kerana percaya bahawa dia akan dibunuh dengan segera oleh banduan lain. 

3. Harrison Graham

harrison graham pembunuh bersiri

Pada tahun 1987, pangsapuri milik Harrison Graham di Philadelphia diserbu pihak polis dan mereka menemui mayat 7 wanita.

Harrison memberitahu polis bahawa mayat-mayat itu berada di situ apabila dia mula-mula berpindah dan kemudian mengaku "secara tidak sengaja" mencekik mereka semua ketika melakukan hubungan seks ketika dia berada di bawah pengaruh dadah.

Harrison mempunyai mainan Cookie Monster yang mana menjadi teman tidurnya dan dakwaan untuk mempertahankan dirinya adalah dia mempunyai tiga peribadi.

Tiga peribadi yang didakwanya adalah "Frank", seorang penagih dadah dan pembunuh, "Junior", yang berumur 2 tahun yang tidak dapat dipisahkan dengan mainan Cookie Monster itu dan "Marty", seorang tukang yang disukai dan patuh kepada polis.

Dakwaan untuk mempertahankan dirinya bahawa dia mempunyai gangguan pelbagai keperibadian ini ditolak oleh hakim dan disabitkan ke atas semua 7 mayat dan 7 tuduhan merosakkan mayat.

Oleh kerana IQ rendah dan penyakit mentalyang dialami pada tahun-tahun awalnya, dia berjaya melangkau hukuman mati dan penjara.

4. Amelia Dyer

amelia dyer

Walaupun dia dianggap salah seorang pembunuh yang paling produktif dalam sejarah British, pembunuh bersiri zaman Victoria iaitu Amelia Dyer nampaknya telah dilupakan dari masa ke masa.

Dia adalah seorang "petani bayi" jahat yang bertanggungjawab terhadap kematian ratusan bayi. Amelia berjanji untuk membantu para wanita muda yang hamil luar nikah dengan mencarikan rumah anak angkat untuk bayi mereka.

Selepas dia mengenakan bayaran kepada para wanita tersebut, bayi yang baru lahir kemudiannya dibiarkan kelaparan atau dibunuh dengan mencekik.

Pada tahun 1896, bayi yang tidak bernafas ditemui dibungkus dengan alamatnya tertera pada bungkusan itu.

Ketika polis menyerbu rumahnya, mereka terbau bau daging yang membusuk dan mayat lebih daripada 50 bayi ditemui.

Terdapat kemungkinan bahawa Amelia membunuh antara 200 dan 400 kanak-kanak.

Dia cuba untuk mengaku tidak bersalah kerana alasan masalah mental tetapi dalam masa kurang dari 5 minit, juri mencapai keputusan sepakat iaitu bersalah.

Berusia 60 tahun ketika itu, Amelia digantung di Penjara Newgate di London. 

5. Gary Heidnik 

gary heidnik pembunuh bersiri yang dilupakan

Seorang bekas Agen FBI, John Douglas mendedahkan bahawa Gary Heidnik adalah salah seorang pembunuh bersiri yang paling menakutkan yang pernah ditemuramahnya.

Gary menderita gangguan keperibadian schizoid dan menghabiskan sebahagian besar hidupnya masuk dan keluar dari hospital sakit jiwa.

Antara November 1986 dan Mac 1987, dia menculik 6 wanita dan membunuh 2 orang di Philadelphia.

John mendedahkan bahawa Gary jauh lebih buruk daripada Bill Buffalo dalam filem "Silence of the Lambs".

Gary akan mengisi lubang dengan air bukan untuk menenggelamkan mangsa-mangsanya, tetapi membiarkan mereka berdiri di dalamnya sehingga air ke paras leher dan menyeksa mereka menggunakan wayar elektrik.

Apa yang lebih mengerikan adalah selepas membunuh mangsa-mangsanya, Gary akan memasukkan mayat-mayat tersebut ke dalam penggiling daging dan daging tersebut diberikan kepada mangsa lain untuk dimakan.

Gary Heidnik akhirnya ditangkap ketika salah seorang mangsa berjaya melarikan diri. Dia dibunuh dengan suntikan maut pada tahun 1999. 

Rujukan:

1. Denke

2. Britannica

3. Psychology Today

4. Crime Museum




Hakcipta iluminasi.com (2017)