pelajar malaysia harvard 241

Kisah warganegara kita terpilih untuk memasuki salah satu universiti terkemuka dunia, patut menjadi sumber inspirasi kepada kita semua khasnya golongan anak muda.

Tidak ramai anak muda kita berjaya masuk ke dalam kelompok pelajar yang layak menyertai universiti dan kolej berprestij yang mengumpulkan minda-minda terbaik dunia, saban tahun.

Apabila disebutkan tentang universiti terbaik yang menjadi idaman ramai pelajar seluruh dunia, akan ada beberapa nama yang kerap disebut seperti Oxford, Harvard, Yale dan sebagainya. Tahukah anda bagaimana pusat-pusat pengajian ini mendapat namanya?

1. Harvard University

harvard university campus

Harvard University merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat, dinamakan sempena seorang lelaki Inggeris bernama John Harvard, anak kelahiran London pada tahun 1607.

Seorang yang sangat rajin membaca, nasib Harvard agak baik kerana mewarisi harta pusaka keluarganya - menjadikan dia seorang yang agak berada. Dia mula membantu pihak gereja serta dilantik memegang jawatan penting dalam masyarakat.

john harvard tugu kampus

Dalam wasiat kematian beliau, Harvard menyerahkan semua koleksi bukunya yang ada dan separuh daripada hartanya yang ada ketika itu kepada sebuah pusat pengajian yang baru dibuka.

Pada tahun 1639 setahun selepas kematian beliau, mahkamah mengarahkan agar pusat pendidikan itu dinamakan sebagai Harvard Colledge.

2. Dartmouth College

bagaimana kolej universiti mendapat nama

Ditubuhkan pada tahun 1769, Dartmouth College merupakan institusi pendidikan paling kecil yang disenaraikan dalam keahlian berprestij Ivy League, namun pencapaian mereka dalam bidang akademik kekal konsisten sejak pembukaannya.

Satu perkara unik tentang Dartmouth adalah tujuan asal penubuhannya, adalah untuk memberikan pendidikan kepada golongan orang asal Amerika serta dalam masa yang sama memperkembangkan ajaran Kristian kepada mereka.

eleazar wheelock pengasas

Pengasasnya, Eleazar Wheelock merupakan seorang paderi diberikan bantuan oleh seorang hartawan bernama John Wentworth, menerusi derma dana dan tanah. Jadi Wheelock pada pada awalnya ingin menamakan pusat tersebut dengan nama Wentworth.

Bagaimanapun Gabenor di mana pusat tersebut dibuka, memujuk Wheelock agar menamakan pusat tersebut sebagai Dartmouth sempena nama gelaran yang dipegang William Legge, Earl of Dartmouth yang banyak memainkan peranan dalam Revolusi Amerika untuk mendapatkan sokongan beliau.

3. Princeton University

sejarah nama universiti kolej

Princeton University dibuka pada tahun 1746 dengan nama asalnya College of New Jersey, terletak di pekan Elizabeth.

Pada tahun 1753, pengasas kolej tersebut diberikan tanah seluas 10 ekar yang terletak di Princeton, membolehkan mereka membesarkan operasi yang telah dijalankan serta melakukan pertambahan kemasukan pelajar.

william mary origin university name

Institusi tersebut hanya mula menggunakan namanya sekarang selepas pertukaran nama dilakukan pada tahun 1896 menjadikannya 'Princeton University' sempena nama pekan di mana institusi itu berada.

Nama asal Princeton adalah 'Princetown', dinamakan sebegitu sempena menghormati Raja William III dari kerabat di-raja Nassau.

4. Stanford University

nama asal stanford university

Leland Stanford adalah seorang hartawan dalam bidang pembinaan jalan keretapi serta pernah memegang jawatan sebagai Gabenor California.

Dia bersama pasangannya, Jane Lathrop Stanford kehilangan anak mereka Leland Stanford Jr. yang uzur akibat penyakit tifoid sebelum meninggal dunia pada tahun 1884.

keluarga stanford

Demi memperingati anak mereka, Leland dan Jane merasakan satu-satunya cara terbaik adalah dengan membangunkan sebuah pusat pengajian. Jadi pasangan Stanford mendermakan sebahagian besar harta mereka serta 8,180 ekar tanah milik mereka untuk tujuan pembukaan pusat tersebut.

Walaupun lebih dikenali dengan nama 'Stanford University,' nama rasmi institusi ini adalah Leland Stanford Junior University - sempena mengingati mendiang anak pengasas universiti tersebut.

5. Yale University

asal usul nama universiti

Apabila nama Yale disebutkan, penulis hanya terbayangkan dua perkara - universiti berprestij yang terletak di Conneticut, Amerika Syarikat atau sebuah jenama sistem peralatan sekuriti pintu yang sangat berkualiti.

Dibuka pada tahun 1701, nama asal Yale University adalah Collegiate School dibuka untuk meramaikan lagi pemimpin masyarakat dalam bidang urus tadbir kerajaan dan gereja. Institusi itu akhirnya berpindah ke lokasi sekarang di New Haven.

Nama 'Yale' yang digunakan sekarang datang daripada nama Elihu Yale, Presiden kepada Syarikat India Timur yang beroperasi di Madras, India.

Yale dikatakan menggunakan kedudukannya untuk memperkayakan diri sepanjang dia bertugas di India, sehinggakan dia dipecat atas beberapa tindakannya yang dianggap tidak berpatutan dengan statusnya.

elihu yale university

Sebelum meninggal dunia, Yale mendermakan sejumlah 32 buah buku kepada Collegiate College. Pihak pentadbiran kolej mengambil kesempatan ke atas kemurahan hati Yale, menawarkan pertukaran nama kolej mereka kepada 'Yale College' seandainya beliau menyumbangkan lebih banyak derma.

Elihu Yale tidak melepaskan peluang itu, mendermakan 9 gulung kain tekstil yang dibawa dari India, 417 buah buku dan sebuah potret Raja George I. Kain itu dijual membolehkan pihak pentadbiran mengumpulkan dana sebanyak £800 yang digunakan untuk mendirikan sebuah bangunan baru, diberikan nama Yale College.

6. Xavier Institute

universiti terkemuka xavier institute xmen mutant

Ramai tak tahu Professor Charles sebenarnya graduan Universiti Oxford

Xavier Institute adalah institusi yang sangat istimewa kerana ianya diasaskan oleh Professor Charles Xavier khusus kepada manusia mutan.

Dalam kata lain manusia yang berbeza dari segi induk akibat mutasi genetik. Institusi ini mengajar manusia mutan mengawal kuasa pada masa sama menerapkan nilai-nilai murni kehidupan agar tidak berlaku zalim sesama makhluk yang lain.

Selepas tamat 'Perang Korea' Professor Charles Xavier nekad untuk menubuhkan institusi ini kerana beliau melihat tekanan yang dihadapi oleh puak mutan dan puak manusia biasa. Beliau percaya manusia biasa dan mutan boleh hidup aman damai bersama-sama.

Pada awalnya pusat pengajian ini diberi nama "Xavier's School for Gifted Youngsters" sekitar tahun 1960an

Namanya ditukar kepada Xavier Institute pada tahun 1994 bersempena nama pengasasnya Professor X atau lebih dikenali sebagai Charles Xavier.

Walaupun sudah beberapa kali dibom pihak-pihak tidak bertanggungjawab, institut terkenal ini terus melahirkan graduan yang berktrampilan tinggi serta mempunyai karier yang cemerlang.

Kemasukan pelajar dibuka sepanjang tahun.

Setakat ini belum ada rakyat Malaysia terpilih untuk ke sana, walaupun penduduk daerah Kuantan pernah didakwa mengalami mutasi, disebabkan projek nadir bumi yang dijalankan di sana.



Hakcipta iluminasi.com (2017)