Oleh pada 06 Sep 2017 kategori

Kredit foto asal: Instagram.com/nabilzira

Sebuah video tular memaparkan pelawak Nabil Ahmad berkongsi kisah kejayaannya dalam industri hiburan baru-baru ini menjadi bualan ramai sehingga ada yang menuduhnya sengaja mahu riak dengan kemewahan yang dimilikinya kini.

Dalam video berkenaan, Nabil menceritakan bagaimana pengalaman hidupnya yang berubah dari seorang yang hanya berpendapatan RM600 menjadi RM50,000 sebulan berkat amalannya yang suka bersedekah.

Pemilik nama sebenar Ahmad Nabil Ahmad itu turut mengakui berasa terkilan apabila ada segelintir pihak yang menyalahtafsirkan maksud sebenar disebalik perkongsiannya itu.

Saya cuma nak berkongsi macam mana orang tiada pendidikan seperti saya ini boleh berjaya dan salah satu caranya dengan sedekah.

Saya tak marah bila netizen kata riak sebab nanti akan timbul tak ikhlas pula.

Tak pasti kenapa mereka ini nak lemparkan komen negatif pada saya walhal video itu kisah yang baik .

Walaubagaimanapun, Nabil tetap bersyukur kerana terdapat pihak yang dapat memahami tujuan sebenar dia berkongsi pengalaman hidupnya tanpa mempertikaikan jumlah pendapatan yang diperolehinya.

Mungkin lepas mereka lihat video itu terus ada rasa nak bersedekah pada orang yang memerlukan.

Kuasa sedekah itu sangat besar maknanya dan ganjaran yang Tuhan janjikan pun amat luas .

Video tersebut difahamkan diambil ketika Nabil menjadi tetamu jemputan sebuah program mengimarahkan masjid pada kira-kira tiga tahun lepas.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)