Oleh pada 27 Nov 2017 kategori

Kredit foto: mynewshub.cc & utaranews.com

Pengacara, Nabil Ahmad, menerima impak besar susulan kritikan dilontarkan Chef Wan, sepanjang mengacarakan Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Nabil berkata, kritikan pedas itu dalam masa sama, memberi kesan kepada kehidupan kedua orang tuanya.

"Empat tahun saya mengacarakan program itu, saya tak kisah dikutuk dan boleh 'telan' semua kecaman dan kutukan orang luar.

"Tapi untuk kali ini, saya tak boleh terima kerana membabitkan air muka orang tua saya.

"Mereka turut menerima tempias dan tekanan apabila saya dikatakan tidak relevan langsung dalam kerjaya pengacaraan saya di Gegar Vaganza 4.

"Apa kapasiti Chef Wan untuk menegur saya?" katanya memetik akhbar Utusan Mingguan.

Nabil, yang juga seorang pelawak mengulas kritikan Chef Wan yang menganggapnya kurang ajar kerana gemar menyampuk ketika juri memberi komen di GV4.

Malah Chef Wan bimbang adegan Nabil mempersendakan juri yang lebih berusia boleh memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak yang menonton.

Dalam pada itu, hos itu bertegas tidak akan sekali-kali mengubah gaya pengacaraannya selagi tidak mendapat arahan pihak produksi.

lagi kenyataan nabil tentang isu dikritik chef wan 2

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Nabil ketika diminta mengulas tentang isu tindakan saman terhadap Chef Wan, berkata, dia hanya akan berbuat demikian sekiranya mengalami kerugian dalam pekerjaan gara-gara kontroversi yang timbul.

"Saya hanya akan mengambil tindakan undang-undang kalau ia menyebabkan komitmen saya ditarik balik. Kalau ada ganti rugi barulah saya akan menggunakan khidmat peguam," katanya lagi.

Sumber berita: Utusan Mingguan & Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)