Oleh pada 29 Sep 2017 kategori

rakan artis tak sokong nabil 1

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

Pengacara Nabil Ahmad kecewa dengan sikap segelintir rakan artis yang tidak memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.

Sebagai hos, Nabil menganggap sesetengah selebriti begitu sensitif dan merasakan diri mereka sudah cukup bagus.

Kerana itu pengacara Meletop ini lebih gemar mengambil tawaran pengacaraan yang tidak melibatkan industri hiburan.

"Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis.

"Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu.

"Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan," dedah Nabil yang dipetik daripada portal Mstar Online.

Nabil membuat kenyataan tersebut di Majlis Pelancaran Program Ceria I-Star 2017 yang berlangsung di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara pada Isnin lalu.

Malah, pengacara berusia 33 tahun itu mengakui terasa hati dengan sikap sesetengah selebriti yang malas bertepuk tangan ketika kemunculannya di pentas.

Atas alasan itu, dia lebih suka meletakkan dirinya sebagai pekerja dalam industri hiburan dan bukanlah selebriti.

"Takkan saya naik atas pentas dan minta orang tepuk. Awak kerja macam saya, cuba naik atas pentas tapi tak ada orang tepuk apa yang awak rasa.

"Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain.

"Sebab itulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi bekerja untuk industri," katanya.

Susulan itu, Nabil sudah tidak ambil peduli jika dirinya dihentam kerana mengeluarkan kenyataan ini.

Jelasnya, apa yang diluahkan adalah berbaur peribadi dan merujuk kepada pengalamannya sendiri.

Nabil pernah mengendalikan banyak acara hiburan, namun ternyata tidak mendapat sokongan daripada rakan artis.

"Saya dah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya cakap ini adalah benda yang betul.

"Sudah banyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada artis lain tengoklah macam mana sikap mereka," luahnya. 

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)