Oleh pada 25 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @syifamelvin

      

Pelakon Syifa Melvin menganggap kemalangan antara sebuah motosikal dan kereta yang berlaku di hadapan matanya, berpunca daripada keretanya yang kehabisan minyak dan tersadai di tepi sebuah lebuh raya.

Syifa yang merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu memberitahu, kejadian berlaku sejurus kereta berkenaan menukar laluan secara tiba-tiba tanpa memberikan isyarat, lalu melanggar sebuah motor hingga terpelanting.

      

motor tu terpelanting kereta syifa melvin habis minyak punca orang lain kemalangan 2

Kredit foto: Instagram @syifamelvin

     

"Sementara menunggu, ada satu kemalangan yang terjadi betul-betul depan kami disebabkan mereka nak elak kereta kami.

"Kereta kami berada di laluan kiri dan dia secara mengejut nak elak terus masuk laluan kanan tanpa memberi isyarat dan berlanggar dengan motor.

"Sehinggakan motor tu terpelanting. Sangat bahaya dan rasa serba salah kerana disebabkan kami, kemalangan tu terjadi walaupun kereta tu pun salah," katanya.

Syifa menerusi Instastory mendedahkan kejadian berlaku pada Khamis, walaupun tidak memperincikan tentang lokasi dan keadaan mangsa selepas kemalangan.

Sementara itu, pelakon berusia 25 tahun itu mengakui sudah dua kali kehabisan minyak di tepi lebuh raya.

"Tahun ini sahaja dah dua kali kereta jadi macam tu berhenti tengah lebuh raya. Insya-Allah tak akan jadi kali ketiga.

"Kepada semua, kena sentiasa pastikan minyak ada dan pandu kereta dengan selamat," nasihatnya.

      

Info Syifa Melvin

  • Nama penuhnya, Nur Syifa Athirah binti Amirol Melvin.
  • Lahir di Parit Buntar, Perak pada 13 Januari 1994.
  • Berusia 25 tahun.
  • Pemegang Diploma Komunikasi Massa daripada Universiti Segi.
  • Merupakan pelakon, model dan pengacara.
  • Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

    

Sumber:

1. Mstar

2. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)