Oleh pada 25 Apr 2018 kategori

elizabeth tan pelik fathia latiff kongsi fotonya dengan zul ariffin 1

Kredit foto: Instagram Elizabeth Tan & Instagram Fathia Latiff

Aktres Elizabeth Tan akui terkejut dengan tindakan Fathia Latiff berkongsi fotonya bersama Zul Ariffin dengan kapsyen yang boleh menimbulkan salah faham di kalangan peminat.

Dalam kiriman yang dimuatnaik awal pagi semalam itu, Fathia mendoakan yang terbaik buat mereka, selain menyifatkan pasangan ini gandingan yang secocok.

elizabeth tan pelik fathia latiff kongsi fotonya dengan zul ariffin 2

Kredit foto: BH Online

"Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada... Terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama.

"Saya tidak pernah berjumpa Fathia, apatah lagi berkawan dengannya," kata Elizabeth kepada portal BH Online.

Terdahulu iaitu pada empat hari lalu, Elizabeth memuat naik fotonya bersama Zul yang dipercayai dirakam ketika menjayakan penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Selangor.

Kemudiannya, Fathia dikatakan berkongsi paparan skrin entri itu, sebelum bertindak menghapuskannya.

Zul sebelum ini mencuri tumpuan selepas mendedahkan hubungan cintanya dengan aktres Zahirah Macwilson berakhir.

Dalam pada itu, Elizabeth berharap apa yang dikongsi Fathia tidak mencetuskan salah faham di kalangan peminat mahupun individu yang rapat dengan pelakon Tombiruo itu.

"Biarpun tidak mengenali Fathia secara rapat, saya mendoakan yang terbaik buat dirinya," katanya.

Beralih sisi kariernya pula, bintang yang meledak dengan lagu Knock Knock dan Setia ini bakal muncul dengan dua single baharu selepas Aidilfitri.

"Single terbaharu yang dijangka dilancarkan pada 9 Julai depan ibarat 'comeback' setelah lama menyepi daripada bidang nyanyian.

"Tidak sabar hendak menantikan reaksi pendengar kerana genre seperti lagu Korea yang tidak pernah saya hasilkan," katanya yang merupakan artis naungan Warner Music.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)