Oleh pada 16 Apr 2018 kategori

selepas putus dengan anaknya zainol macwilson dedah perangai sebenar zul ariffin 1

Kredit foto: Instagram Zainol Macwilson & Instagram Zul Ariffin

“Alhamdulillah, saya lega apabila Zahirah maklumkan dia sudah putus dengan Zul. Selama ini ada sebab kenapa saya tidak restu hubungan mereka.”

Begitulah reaksi pelakon veteren, Zainol Macwilson apabila berakhirnya hubungan cinta antara anaknya, Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin.

Beliau yang juga bekas pembaca berita TV3 itu, berharap anaknya itu akan lebih berwaspada dalam memilih teman lelaki kelak, selain menggunakan ruang yang ada kini untuk memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya.

Zainol, 60, juga memohon agar Zul tidak lagi menganggu kehidupan Zahirah, sekaligus menjadikan perpisahan itu sebagai pengajaran buatnya.

selepas putus dengan anaknya zainol macwilson dedah perangai sebenar zul ariffin 2

Kredit foto: Instagram Zainol Macwilson

“Dari awal lagi saya memang tidak suka mereka berkawan. Malah, ketika saya masih bersama mak Zahirah, dia ada beritahu yang Zul tidak hormat orang tua. Hari pertama jumpa dia sudah berikan persepsi negatif.

“Ternyata, orang sekeliling juga banyak menyampaikan perkara sama hingga saya juga terkena. Jadi, alasan saya tidak restu hubungan mereka ada asasnya. Saya bukan suka-suka berbuat sedemikian.

“Jadi, apabila Zahirah maklumkan perkara ini, saya berkata baguslah. Saya nasihat agar dia fokus kepada kerjaya dan jaga nama sebaiknya. Paling penting, jangan mudah tergoda lagi dengan sesiapa pun,” katanya kepada portal Harian Metro.

Pelakon yang kembali mendapat perhatian menerusi drama Tak Ada Cinta Sepertimu, itu beranggapan, Zul seharusnya mengambil langkah awal dengan tidak mendekati Zahirah selepas beliau mewar-warkan enggan memberi restu kepada perhubungan mereka.

Zainol berkata, dia mendambakan seorang menantu yang mampu menunjukkan sikap hormat terhadap dirinya selaku orang tua.

“Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

“Selagi saya hidup, Zahirah masih menjadi tanggungjawab saya. Saya berharap, apa yang berlaku ini secara tak langsung, ia beri pengajaran dan harus ‘move on’.

“Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua,” katanya.

Apa yang turut mengecewakan beliau adalah keengganan Zul bercakap secara terus kepadanya, kerana menggunakan Zahirah sebagai orang tengah, seolah menampakkan bintang Tombiruo itu tidak bersikap ‘gentleman’.

“Orang kata dia lelaki sejati. Tapi, kenapa tidak mahu menghubungi saya terus. Kenapa kena melalui Zahirah?

“Kalau dia tidak ada nombor telefon saya, boleh minta daripada Zahirah. Dari situ saja boleh tahu dia macam mana,” katanya.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)