Oleh pada 21 Jan 2018 kategori

Sumber foto: New Straits Times

Dua skandal lama membabitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan tidak disangka-sangka menjadi bualan minggu lepas. Ia difahamkan merupakan amaran kepada Menteri Besar Selangor tersebut agar mengawal kelantangannya tentang isu pencalonan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan.

Menurut dakwaan pengendali portal, Raja Petra Kamaruddin, Mohamed Azmin dianggap sebagai ‘racun’ dan harus disingkirkan daripada Pakatan Harapan.

Ini berikutan beliau tidak berselindung dalam mempamerkan percanggahan pendapatnya terhadap Dr. Mahathir dan juga anak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurutnya lagi, hasrat Mohamed Azmin bagi menyekat laluan Dr. Mahathir serta menghalang kerjaya politik Mukhriz menerusi semua kenyataan tajamnya baru-baru ini menjadi sebab Timbalan Presiden PKR tersebut harus ‘dimatikan’ dalam Pakatan Harapan.

Tambahnya, isu berkenaan adalah mudah dimana Mohamed Azmin terbukti merupakan ancaman kepada Mukhriz seperti Khairy Jamaluddin. Beliau tidak boleh bersetuju Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara disebabkan ia membuatkan laluan Mukhriz untuk menggantikan semakin luas. 

“Sebab itulah wujudnya kedua-dua ‘wahyu’ di atas. Jika Timbalan Presiden PKR itu menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan Mukhriz maka Dr. Mahathir akan selamatkannya,” ujar Raja Petra yang dipetik dari portal Malaysia Today semalam.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)