Kredit foto: Instagram Sharifah Amani

Aktres Sharifah Amani akui pernah mendapat tawaran menjadi duta produk pemutih kulit dengan bayaran sebanyak RM1 juta!

Namun, Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 32, berkata, dia akhirnya terpaksa menolak setelah dinasihatkan ibunya, Fatimah Abu Bakar.

"Pernah sekali produk pemutih kulit hendak bayar saya sejuta untuk jadi duta dia. Saya fikir, sedapnya duit itu.

"Selepas itu mama beritahu, saya cerah sebab genetik bukan kerana krim. Orang Asia mana ada putih macam 'mat salleh'? Produk itu ada bleach, bahaya untuk kesihatan.

"Akhirnya tak jadi duta produk itu. Sejuta pun pergi. Tapi mama saya yakinkan yang rezeki ada di mana-mana," tulisnya dalam kenyataan di akaun Twitter.

Amani berkata, dia menyedari akan tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang selebriti terhadap masyarakat adalah lebih besar daripada habuan wang yang diterima. 

Akuinya, tiada sesiapa yang perlu menjadi mangsanya semata-mata untuk mengejar impian menjadi kaya.

Mengakui dirinya kurang popular dan akan berterusan hidup tanpa kemewahan, pelakon filem Sepet itu menganggap ia berpunca daripada pendiriannya yang enggan 'menjerat' orang ramai demi kepentingan diri.

sharifah amani enggan tipu peminat promosi produk berbahaya 2

Kredit foto: Twitter Sharifah Amani

"Duit bukan segala-galanya. Tanggungjawab kita kepada masyarakat lebih penting daripada diri sendiri. Syukur untuk mama saya. Saya sayang awak @fatibee.

"Integriti tidak membayar bil-bil. Jarang sekali anda dapat wang yang banyak tanpa beberapa mangsa. Persoalannya ialah sejauh mana anda bersedia berjudi dengan diri sendiri?

"Hormatilah orang tua anda untuk menjadikan diri anda lebih baik daripada itu. Dan sebab itu saya tidak akan pernah kaya dan selamanya sendu," katanya.

Kiriman itu mendapat pujian pengguna media sosial yang rata-ratanya menjulang beliau sebagai idola.

Sementara itu, Amani turut menambah, barangkali dia akan lebih dikenali umum dengan menggunakan 'umpan' gimik tular untuk menarik perhatian ramai.

"Mungkin dengan menipu orang saya tidak akan sendu lagi. Mungkin juga saya harus melakukan gimik tular untuk menjual, bukan karya aku tapi diri aku.

"Mungkin dengan memaparkan imej public account dan menyorok imej sebenar di akaun peribadi, orang akan lebih suka. Akal: orang bukan Tuhan," tulisnya lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)