Oleh pada 24 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Facebook JOHOR Southern Tigers / Harian Metro

Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal sentiasa menawarkan fasiliti bertaraf antarabangsa menerusi inisiatif untuk menjamin yang terbaik buat pemain Harimau Selatan.

Melalui suatu kenyataan di laman JOHOR Southern Tigers, Harimau Selatan akan mempunyai sebuah pusat latihan altitud dan kompleks hidroterapi yang juga dipersiapkan dengan dapur organik bagi keseluruhan pemain pasukan berkenaan.

"Kemudahan ini akan disediakan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Pusat Latihan Padang Mawar dan pusat latihan baharu yang akan dibina bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim nanti.

"Walaupun JDT sudah mempunyai pusat latihan dan fasiliti yang terbaik ketika ini tetapi ini adalah visi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan pusat latihan baharu akan datang menjadi antara sepuluh terbaik di dunia," memetik kenyataan tersebut yang dikeluarkan malam tadi.

Menerusi kenyataan terbabit, pasukan tersebut juga menggambarkan bentuk Pusat Latihan Altitud dan Kompleks Hidroterapi yang bakal dibuat di tiga pusat latihan milik pasukan tersebut sebagai kemudahan baru buat para pemain.

Berpandukan pelbagai fasiliti yang disediakan, tentunya pemain boleh menonjolkan prestasi hebat melalui kesemua perlawanan demi memperoleh kejayaan berlipat kali ganda di masa hadapan.

Pusat Latihan Altitud memilik beberapa keistimewaan, antaranya ia membantu menambahkan kecergasan pemain yang didedahkan dengan persekitaran rendah oksigen.

Sementara itu, Kompleks Hidroterapi juga dapat melegakan ketegangan otot setelah latihan dan pertarungan tamat.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)