Setahun lalu, seorang jurutera IT berusia 30 tahun berpindah ke Forest City, sebuah kompleks perumahan yang dibina pemaju dari China di Johor.

Menyewa sebuah unit apartment satu bilik tidur di blok menara yang mempunyai pemandangan cantik menghadap ke laut, selepas enam bulan dia serik.

Lelaki itu tidak mahu terus hidup di kawasan yang sendiri gelarkan "bandar hantu". "Saya tidak kisah dengan wang deposit saya! Saya hanya perlu keluar," katanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Wartawan BBC berjaya mengatur pertemuan di blok menara sama yang pernah beliau diami. "Saya gementar hanya kerana perlu kembali ke sini," kata beliau. "Di sini sangat sepi. Apa yang ada hanyalah anda dan imaginasi kita menemani kita."

Projek gergasi China yang tidak menjadi

projek forest city era najib

Pemaju hartanah terbesar China Country Garden melancarkan Forest City - semasa pelancarannya dinobatkan sebagai sebuah berstatus projek mega bernilai $ 100 bilion (RM450 bilion) di bawah Inisiatif Belt and Road kerajaan China pada tahun 2016.

Pada masa itu, ledakan harta tanah Cina berada dalam kepesatan penuh. Pemaju dari China atas sokongan kerajaan, akan meminjam sejumlah wang yang besar nilainya untuk membina rumah di dalam dan luar negara untuk sasaran pembeli kelas pertengahan.

Di Malaysia, visi rancangan Country Garden adalah untuk membina sebuah kota metropolis mesra alam yang menampilkan padang golf, taman air, pejabat, bar dan restoran; mensasarkan Forest City akan menjadi rumah dan pusat aktiviti kepada satu juta orang populasi.

Lapan tahun kemudian, Forest City berdiri sebagai peringatan bahawa kita tidak perlu ke China untuk melihat sendiri kesan krisis hartanah yang telah menimpa negara itu. Pada peringkat sekarang, hanya 15% daripada keseluruhan projek telah dibina dan, mengikut anggaran terbaru, hanya 1% daripada jumlah pembangunan diduduki.

Walaupun sedang menangung hutang hampir beratus bilion Ringgit Malaysia ketika ini, Country Garden memberitahu BBC mereka optimis rancangan pembangunan bandar gergasi itu akan dapat disiapkan.

Suasanya sangat hening di sini

kedai di forest city johor

Forest City dipasarkan mirip syurga yang akan memenuhi impian penghuninya.

Tetapi hakikatnya, pasarannya jelas memfokuskan usaha penawaran kepada rakyat China, menawarkan peluang kepada warga mereka peluang untuk memiliki rumah kedua di luar negara.

Ini kerana harga jualannya yang dibuka, tidak mampu dibeli oleh majoriti kebanyakan rakyat biasa Malaysia.

Bagi pembeli China, hartanah itu dilihat bakal menjadi satu bentuk pelaburan akan menjadi pelaburan yang boleh digunakan sebagai rumah percutian atau disewakan kepada rakyat tempatan, seperti yang telah berlaku kepada salah seorang penyewa yang dikenali dengan nama Encik Nazmi.

Malangnya lokasi terpencil Forest City yang dibina di atas pulau tambakan semula jauh dari bandar utama seperti Johor Bahru, menyebabkan penyewa berpotensi memilih untuk menjauhkan diri. Kesuraman inilah punca bandar besar ini memperolehi nama samaran "Ghost City" di kalangan penduduk sekitar.

"Sejujurnya tempat ini menyeramkan," kata Encik Nazmi. "Saya berharap untuk menetap di tempat ini, tetapi siapa sangka apa yang saya alami satu pengalaman buruk. Bandar ini bandar mati.

Seolah terbengkalai tetapi tidak ada aktiviti hidup

pantai di forest city

Sekiranya anda berkunjung ke sini, Forest City memberikan pengunjungnya suasana yang pelik; mirip resort percutian yang terbengkalai.

Di pantai yang sepi, ada taman permainan kanak-kanak yang lusuh, kereta dan tangga mewah diperbuat daripada konkrit putih yang tak ke mana-mana. Di tepian air terdapat tanda amaran mengingatkan pengunjung agar jangan berenang kerana aktiviti buaya.

Di pusat membeli-belah banyak kedai dan restoran ditutup. Beberapa unit hanya ada tapak pembinaan kosong.

Lebih menyeramkan, ada kereta api kanak-kanak kosong yang melakukan pusingan tidak berkesudahan di sekitar pusat membeli-belah sambil mendendangkan lagu melalui pembesar suara dalam bahasa Cina.

Visi yang bila entah dapat disiapkan

bandar hantu forest city

Di bilik pameran Country Garden, terdapat model bandar besar yang menunjukkan rupa Forest City yang telah siap. Di gerai jualan, pekerja yang bertugas kelihatan bosan.

Salah satu tarikan utama di sini adalah pengisytiharannya sebagai kawasan dengan status bebas cukai, mengakibatkan di kawasan pantai anda banyak timbunan botol alkohol yang dibuang. Inilah kegiatan sosial paling aktif di sini.

Apabila tiba malam, Forest City bertukar gelap sepenuhnya. Menara pangsapuri besar yang mengandungi beratus-ratus unit pangsapuri, hanya beberapa belas unit sahaja yang menyala lampunya. Sukar untuk mempercayai bagaimana mereka hidup di situ.

"Tempat ini menakutkan saya," kata Joanne Kaur, salah seorang daripada beberapa penduduk yang ditemui. "Walaupun hari siang, sebaik saja anda melangkah keluar dari pintu depan kediaman anda, yang ada hanyalah koridor gelap."

Dia dan suaminya tinggal di tingkat 28 salah sebuah blok menara - satu-satunya di seluruh tingkat. Seperti Encik Nazmi, mereka juga penyewa dan merancang untuk pergi secepat mungkin.

"Saya kasihan kepada orang yang melabur dan membeli unit di sini," katanya. "Jika anda Google 'Forest City', itu bukan apa yang anda dapat lihat di sini ketika in," katanya.

Bandar yang mewah tetapi tiada penghuni

kompleks beli belah forest city

Untuk bercakap dengan warga China pembeli unit di Forest City bukan mudah. BBC berjaya menghubungi segelintir pemilik secara tidak langsung, tetapi mereka enggan memberi komen walaupun tanpa pendedahan identiti.

Walau bagaimanapun, media sosial menawarkan beberapa anekdot yang memberikan idea tentang situasi mereka.

Di bawah salah satu perkongsian yang memuji pembangunan bandar ini, seorang pembeli dari wilayah Liaoning memberi maklum balas: "Perkongsian ini sangat mengelirukan. Forest City sekarang adalah bandar hantu. Tidak ada orang sama sekali. Ia jauh dari bandar, mempunyai kemudahan hidup yang tidak lengkap dan sukar untuk bergerak tanpa kereta."

Satu komen lain bertanya bagaimana mereka boleh mendapatkan bayaran balik ke atas hartanah yang telah mereka beli, dengan seorang netizen berkata, "harga unit saya telah menurun banyak, saya takut untuk bersuara."

Jualan yang berdepan bermacam kekangan

kedai di forest city

Kekecewaan seperti ini sebenarnya sedang dirasai di seluruh China, di mana pasaran hartanah dalam keadaan huru-hara.

Selepas bertahun-tahun pinjaman secara berleluasa tidak terkawal dilakukan oleh pemaju bagi membangunkan pembangunan baru, kerajaan China melihat akan berlaku hilang kawalan ke atas pasaran yang telah terbentuk.

Bagi memperbaiki situasi, kerajaan China memperkenalkan mengenakan pengenalan sistem had dan penguatkuasaan yang ketat pada tahun 2021. Slogan "rumah untuk hidup, bukan untuk spekulasi" mula dilaungkan pemimpin tertinggi kerajaan China, Xi Jinping.

Akibat daripada langkah kawalan ini, syarikat-syarikat besar telah mula dikekang akibat kehabisan modal untuk menyiapkan projek skala besar mereka. Pada bulan Oktober tahun 2023, Country Garden terpaksa melepaskan dua projek di Australia, menjual pembangunan yang belum selesai di Melbourne dan Sydney untuk dimajukan pemaju lain.

Faktor politik juga menjadi penyumbang kegagalan

pelan pembangunan forest city

Perubahan politik Malaysia juga dikatakan menyumbang kepada keadaan di Forest City.

Pada 2018, kerajaan Malaysia ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad mengehadkan visa untuk pembeli China, yang turut mengkritik visi bandar itu yang menurut beliau "sebuah bandar yang dibina untuk warga asing."

Beberapa penganalisis juga mempersoalkan kewajaran membina pembangunan hartanah bersaiz mega di sebuah negara yang persekitaran politik dan ekonominya tidak stabil, seperti Malaysia.

Isu-isu lain yang tidak dijangka seperti sekatan dan kawalan perjalanan akibat pandemik Covid-19, juga telah merencatkan banyak projek-projek luar negara yang dilancarkan syarikat gergasi seperti Country Garden.

"Saya fikir mereka (Country Garden) gagal mengenalpasti tahap sebenar projek hartanah yang mereka mahu bangunkan, membangunkannya terlalu besar dan terlalu cepat," kata Tan Wee Tiam wakil daripada Perunding Hartanah Antarabangsa KGV.

"Sebelum melancarkan projek berskala besar seperti ini, isu kritikal yang perlu disediakan adalah memastikan anda mempunyai aliran tunai mencukupi."

Baru-baru ini syarikat hartanah dengan nilai hutang terbesar di dunia, Evergrande berhadapan perbicaraan pembubaran mahkamah di Hong Kong. Gergasi China itu diberi penangguhan enam minggu untuk bersetuju dengan pelan pembayaran balik jumlah hutangnya.

Projek yang bakal diselamatkan di masa depan?

jb forest city bandar hantu

Ketika ini Country Garden menyatakan apa yang berlaku dalam pasaran hartanah China tidak menjejaskan kedudukan mereka, operasi pemaju itu di Malaysia adalah seperti biasa.

Wakil Country Garden juga sudah mewartakan rancangan untuk memasukkan Forest City dalam zon ekonomi khas baru antara Malaysia dan negara jiran Singapura, yang berpotensi membuktikan projek itu selamat dan stabil sebagai bentuk pelaburan.

Tetapi tanpa akses kepada dana, sukar untuk melihat bagaimana projek Forest City dapat diselesaikan. Reputasi yang sudah tercalar juga dikhuatiri akan gagal menarik penduduk dan pelabur berpotens.

Pada masa ini, hartanah yang dibina syarikat China sukar untuk dijual.

"Ia seperti situasi ayam dan telur," kata Eveline Danubrata, dari REDD Intelligence Asia. "Pemaju bergantung pada pra-jualan untuk membantu membiayai pembinaan tetapi pembeli tidak akan mengeluarkan wang jika mereka tidak pasti sama ada pelaburan mereka akan benar menjadi realiti."

Visi yang akan kosong atau bangkit kembali?

adakah forest city projek gagal

Forest City adalah kes klasik bagaimana visi yang terlampau tinggi berbanding realiti, membawa kepada kesukaran untuk semua pihak.

Bandar kosong ini menjadi bukti membina puluhan ribu pangsapuri di tengah-tengah tempat yang kurang popular, tidak cukup untuk meyakinkan orang ramai berpindah dan memulakan kehidupan baru di bandar baru.

Situasi sekarang agak kelam. Nasib Forest City dan beratus-ratus projek hartanah di seluruh China sedang bergantung kepada kerajaan China.

Bulan lalu terdapat laporan Country Garden telah diletakkan dalam senarai awal pemaju yang bakal menerima suntikan bantuan kewangan daripada kerajaan China, namun perkara itu masih hanya khabar angin.

Bagi individu yang pernah menetap di sana seperti Encik Nazmi, pandangan lelaki itu jelas: "Saya banyak belajar dan akan memilih dengan lebih berhati-hati pada masa akan datang," katanya. "Tetapi saya gembira saya telah meninggalkan tempat ini."


Artikel ini adalah terjemahan artikel Forest City: Inside Malaysia's Chinese-built 'ghost city' yang diterbitkan oleh BBC pada 6 Disember 2023.




Hakcipta iluminasi.com (2017)