Pada akhir zaman ini, terdapat banyak wujudnya aliran-aliran baru yang mengaku mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya tetapi mengamalkan ajaran hidup yang jauh menyimpang daripada Islam. Hal ini tidaklah mengejutkan memandangkan Nabi Muhammad SAW sendiri ada menyebut dalam sebuah hadis di mana pada akhir zaman, terdapat 73 golongan di mana 72 golongan yang akan masuk ke neraka.
Sebelum ini kita sudah mendengar beberapa kali mendengar mengenai sekularisma dan beberapa ajaran sesat yang jelas menyimpang dari ajaran Islam seperti Aminah Wadud yang berfatwa bolehnya seorang perempuan menjadi imam kepada orang lelaki.
Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Dayiee di Amerika Syarikat telah mengaku gay. Perkara ini amat mengejutkan dan menjengkelkan memandangkan beliau juga bertugas sebagai seorang imam. Secara umumnya, kita sedia maklum ajaran Islam mengharamkan hubungan lesbian dan gay kerana ianya menyalahi fitrah sebagai seorang manusia.
Kredit gambar: Morocco World News
Menyedari golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual) sering dipinggirkan, Dayiee mengambil keputusan untuk menjadi imam kononnya ingin membimbing golongan LGBT ini.
Walaubagaimanapun, keputusannya ini jelah menyalahi agama Islam memandangkan beliau juga seorang yang gay. Sebagai seorang yang mengaku sebagai imam, beliau juga banyak melakukan perkara yang jelas menyalahi bertentangan dengan ajaran Islam antaranya membolehkan lelaki dan perempuan solat secara bersebelahan dalam satu saf dan pernah banyak kali mengahwinkan golongan LGBT ini.
Apa yang dilakukan oleh Daiyee ini telah mencetuskan kontroversi dan sangat membimbangkan. Ketika mana golongan LGBT ini semakin bertambah di seluruh dunia, apa yang dilakukan oleh Dayiee ini secara langsung memburukkan ajaran Islam dan memberi isyarat salah kepada orang ramai bahawa Islam menyokong LGBT.