minyak wangi jenama terkenal

Jika anda pernah membeli minyak wangi mahal, cuba baca label pada botolnya. Anda mungkin akan terjumpa beberapa terma menarik bahan pembuatannya seperti bunga-bunga eksotik, jenis kayu, buah-buahan sitrus dan mungkin sesuatu yang dipanggil 'ambergris'.

Bunyi nama 'ambergris' itu seakan-akan sesuatu benda indah dan cantik. Anda mungkin menyangkakan ianya sejenis bunga, kayu atau buah-buahan. Akan tetapi, jangan terkejut kerana di sebalik nama yang sedap itu, 'ambergris' itu sebenarnya ialah 'muntah' ikan paus.

Sebelum ambergris ini dimasukkan ke dalam botol minyak wangi mahal yang berharga ratusan ringgit seperti Chanel No. 5 (jenama yang dikenali menggunakan ambergris), ia biasanya dijumpai dalam bentuk asalnya yang berlendir dan menempel di lapisan usus ikan paus sperma.

Bagaimana ambergris terhasil

ikan paus sperma

Pembentukan ambergris ini hanya terjadi kepada ikan paus jenis paus sperma sahaja dan para saintis masih belum memahami mengapa. Kebanyakan pengkaji percaya bahawa ambergris ini terhasil akibat proses pembersihan atau menyah bendasing dalam sistem pencernaan seperti paruh sotong dan sebagainya agar memudahkan sistem penghadaman berlaku.

Akan tetapi, ambergis yang juga dipanggil sebagai "emas terapung" ini bukan hanya keluar dari mulut paus sperma sahaja bahkan ia mungkin dikeluarkan melalui saluran najis juga. Menurut penelitian, dianggarkan hanya 1 peratus ikan paus sperma sahaja yang menghasilkan ambergris ini.

sekumpulan ikan paus sperma

Apabila dimuntahkan, ambergris yang berminyak dan berwarna kelabu atau hitam ini akan terapung-apung di atas air serta mengeras dari masa ke semasa dan mungkin mengambil masa sehingga beberapa tahun untuk hanyut ke pantai dan dijumpai.

Kali pertama ambegris dimuntahkan dalam bentuk asalnya, ia biasanya mempunyai bau yang sangat kuat seperti najis. Namun setelah sekian lama terapung dan melalui proses oksidasi semulajadi yang menyebabkan perubahan sifatnya menjadi keras, ia akan mengeluarkan bau yang lebih wangi dan harum.

Harganya sangat mahal

gary williams jumpa ambergris

Ambergris ini diketahui sangat sukar untuk ditemui. Ia selalunya berbentuk seperti batu yang terdampar di tepian pantai dan sangat sukar untuk dikesan semasa ia terapung di atas air. Oleh kerana itu harga jualan ambergris ini boleh mencecah puluhan ribu ringgit sekilo.

Pada tahun 2016, sepasang suami isteri dari Britain telah menemui seketul ambergris yang berharga RM290,000. Ketika pasangan Gary dan Angela Williams sedang bersiar-siar di Pantai Meddleton Sands dekat Morecambe Bay, mereka tercium bau sesuatu yang sangat busuk. Setelah diperiksa, bau itu datangnya dari sebuah batu berwarna putih dan sangat berminyak.

ketulan ambergris 25

Namun, sebelum zaman moden lagi ambergris sudahpun digunakan pada zaman Mesir purba sebagai bahan campuran kemenyan. Ia juga digunakan oleh masyarakat Medieval Eropah untuk menutup bau mayat semasa era Wabak Hitam.

Penemuan penggunaan ambergris sebagai bahan minyak wangi ditemui oleh pakar-pakar pengeluar minyak wangi Eropah sebagai agen pengikat. Kehadiran ambegris pada minyak wangi membuatkan ia lebih melekat pada kulit serta menguatkan lagi bau minyak wangi itu sendiri.

Kontroversi melibatkan ambergris

industri penangkapan ikan paus sperma

Pada waktu itu golongan bangsawan Eropah berebut-rebut untuk mendapatkan minyak wangi yang mempunyai bahan ini. Semasa permintaannya semakin meningkat, begitu juga kontroversi berkaitan ambergris ini. 

Industri pemburuan ikan paus menjadi semakin pesat. Pada kurun ke-18 dan 19, sebanyak 5000 ikan paus sperma telah dibunuh dan menyebabkan bilangan spesis ini semakin menurun. Mereka membunuh dan membelah ikan paus sperma bagi tujuan mendapatkan ambergris yang berharga tinggi ini.

Kontroversi ini menyebabkan penjualan ambergris ini diharamkan di Australia dan Amerika syarikat bagi memelihara bilangan ikan paus sperma di bawah Undang-undang Haiwan Terancam.

industri ikan paus sperma

Kebanyakan industri minyak wangi telah bertukar kepada penggunaan ambergris sintetik yang fungsinya dan memberi kesan yang lebih kurang sama. Namun, tempat di mana industri minyak wangi berkembang pesat seperti United Kingdom dan Perancis, pergadangan ambergris ini masih lagi sah.

Jadi, setiap kali anda memakai semburan minyak wangi berjenama terkenal seperti Chanel atau Givenchy, ingatlah bahawa bau semerbak wangi itu sebenarnya adalah mungkin sebahagian daripada muntah ikan paus sperma.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)