Setiap daripada kita pasti pernah mempunyai pengalaman tercedera kerana terkena hirisan kertas. Tidak kiralah ketika membaca buku, memegang kertas dan sebagainya. Walaupun hirisan tersebut di jari tidaklah begitu besar, sakitnya begitu mencucuk seolah-olah terkena renjatan elektrik.

Selain itu, anda juga akan berasa tidak selesa untuk beberapa hari akibat daripada kecederaan kecil ini. Persoalannya, mengapakah kecederaan akibat hirisan daripada kertas ini begitu menyakitkan?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kewujudan neuron di lapisan kulit

nociceptor

Bagi mengetahui sebabnya, adalah penting untuk kita ketahui anatomi sistem tubuh badan manusia. Lapisan kulit manusia mempunyai banyak neuron. Sesetengah daripada neuron ini yang dikenali sebagai nociceptor  berfungsi untuk mengesan sebarang ancaman terhadap kulit seperti perubahan cuaca, pendedahan kepada bahan kimia dan sebarang tekanan ke atas kulit.

Apabila terdapat tekanan pada kulit seperti pukulan atau hirisan kertas, nociceptor akan menghantar signal kepada otak mengenai kecederaan tersebut. Oleh itu, otak akan membuatkan kita percaya kita sedang sakit dan mengalami kecederaan.

Menurut Gabriel Neal, Assistant Professor di Texas A&M University, kewujudan deria sentuhan yang kuat di bahagian jari, bibir dan lidah menjadikannya begitu sensitif terhadap sentuhan. Oleh itu, apabila terdapat kecederaan pada kawasan yang sensitif ini maka kesan sakitnya juga lebih kuat.

Struktur kertas yang bergerigi

bucu kertas

Jika dilihat daripada mata kasar, bahagian tepi kertas kelihatan begitu licin dan rata sekali. Walau bagaimanapun, jika dilihat pada tahap mikroskopik, bahagian tepi kertas sebenarnya mempunyai struktur yang bergerigi.

Oleh itu, apabila jari anda terhiris dengan kertas, ianya seolah-olah jari anda dihiris dengan gergaji, bukannya pisau. Selain itu, lapisan kulit yang tercedera ini juga terdedah dengan lapisan cecair kimia yang biasanya terdapat pada kertas seterusnya menjadikannya lebih sakit.

Sementara itu, bagi buku-buku pula, bahagian tepi kertas juga mungkin mengandungi banyak bakteria kerana buku tersebut telah disentuh oleh ramai manusia. Oleh itu, sekiranya anda mendapat luka akibat daripada hirisan kertas buku, disarankan untuk membasuh tangan dengan air bersih.

Tahap kedalaman hirisan kertas

lapisan kulit luka

Walau hirisan kertas pada jari nampak begitu halus, ia sebenarnya jauh menembusi permukaan kulit. Akibatnya, tidak banyak pendarahan yang berlaku. Ini menyebabkan lapisan tisu dan neuron yang rosak itu kekal terdedah.

Apabila tercedera, pendarahan yang berlaku sememangnya bagus kerana ianya memainkan peranan penting dalam proses pemulihan. Malangnya, pendarahan biasanya tidak berlaku atau terlalu sedikit bagi kecederaan yang disebabkan hirisan kertas. Oleh itu apabila setiap jari bergerak dan bersentuhan, kawasan luka tersebut akan terbuka dan tutup, menghasilkan tekanan dan mengganggu neuron ini.

Kesan psikologi

papercut

Kesan psikologi juga dikatakan menyebabkan mengapa luka daripada hirisan kertas begitu menyakitkan. Perkara ini kerana kita cenderung untuk melihat luka hirisan tersebut berulang kali, lalu mengingatkan diri kita bahawa kita mengalami kesakitan daripada kecederaan tersebut.

Memandangkan kita menggunakan jari hampir setiap masa, akibat daripada luka hirisan ini kita akan melebih berhati-hati untuk memastikannya tidak tersebut. Perlakuan ini memberi signal kepada otak bahawa luka tersebut sangat menyakitkan. Secara mudahnya, kecederaan daripada hirisan kertas ini menghasilkan respon emosi yang kompleks kepada otak.

Sekiranya anda gemarkan penerangan mengenai perkara ini dalam bentuk visual, sila tonton video penjelasan ringkas daripada Scientific American di bawah.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)