Semut adalah makhluk yang sangat unik yang digelarkan sebagai antara salah satu haiwan yang paling rajin di atas muka Bumi.

Serangga ini juga memiliki semangat kerjasama yang sangat tinggi.

Dan sudah tentunya setiap daripada kita pernah melihat tingkah laku semut yang sangat aneh tetapi menarik dalam masa yang sama, kan?

Tingkah laku itu adalah semut-semut akan berlaga atau bersentuhan antara satu sama lain ketika bergerak dalam arah yang bertentangan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Persoalannya adalah sangat jelas, iaitu mengapa ia berbuat demikian?

Perkongsian maklumat / Mengesan bahaya

kenapa semut bersentuhan sesama sendiri

Sebenarnya, terdapat beberapa hipotesis yang cuba untuk menjelaskan tingkah laku misteri oleh semut ini.

Dan antara teori yang paling popular adalah berkaitan dengan semangat persaudaraan antara semut.

Sama seperti kita yang meraikan persaudaraan (brotherhood) di kalangan manusia , semut-semut juga meraikan "anthood". 

Semut sudah biasa untuk hidup, berkembang maju dan menghabiskan seluruh kehidupannya di tempat yang dekat dengan rakan sarang.

Purata semut yang tinggal dalam sebuah sarang biasanya mencecah beribu-ribu ekor. Malah, kebanyakan daripada semut tidak boleh melihat dunia dan hanya menghabiskan seluruh hidupnya di dalam gelap.

semangat persaudaraan semut anthood

Dengan ini, adalah sangat penting bagi semut untuk mengenal pasti dan bekerjasama dengan semut lain dari koloni sendiri.

Oleh itu, apabila dua ekor semua bertembung atau bertemu sesama sendiri dengan kepala terlebih dahulu, semut-semut ini akan menghidu antara satu sama lain dengan teliti untuk memastikan bahawa ia tergolong dari koloni yang sama.

Jika tidak, situasi boleh bertukar menjadi tegang.

koloni semut

Semut sangat hebat dalam mengenal pasti penceroboh disebabkan oleh sistem pencium atau deria bau, yang dapat mengesan bau yang ditinggalkan oleh penceroboh yang berbeza dengan baunya, secara serta merta.

Oleh itu, dalam kes di mana dua ekor semut dari dua koloni yang berlainan bertembung, semut yang tidak mempunyai anggota koloni berdekatan dengannya akan berundur dan melarikan diri. 

Penglihatan yang lemah pada semut menjadikan hubungan fizikal menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka untuk berkomunikasi dan menghapuskan ancaman terhadap koloni semut.

Bantu menyebarkan/berkongsi makanan

semut berlaga antara satu sama lain untuk berkongsi makanan

Seekor semut ketika sedang mencari makanan mungkin akan bertembung dengan rakan sarang yang lain.

Dalam kes ini, semut itu mungkin bertanyakan kepada semut (yang dalam perjalanan pulang ke sarang dan mungkin memiliki sesuatu untuk dimakan) agar berkongsi sedikit makanan.

Tetapi, bagaimana semut tersebut boleh berkongsi makanan yang telah dihadam, bermakna makanan yang telah berada di dalam perutnya?

Trophallaxis, lazimnya diperhatikan pada serangga seperti semut, tebuan, anai-anai dan sebagainya, adalah amalan berkongsi atau memindahkan makanan dari satu serangga kepada serangga yang lain dalam koloni yang sama.

Ia mungkin dilakukan melalui pemindahan mulut ke mulut atau menyuap dari dubur ke mulut.

Idea untuk memindahkan makanan sedemikian rupa mungkin kelihatan jijik namun bagi serangga yang sememangnya terdedah kepada makanan yang kotor, ia adalah perkara biasa.

Malah, ia adalah amalan yang sangat mesra dan sangat bernilai dalam 'komuniti semut'.

Apabila seekor semut lapar, ia akan mencucuk rakan sarangnya dengan sesungut. Dan jika semut kedua itu mempunyai makanan untuk dikongsi, kedua-duanya akan mendekatkan mulut untuk melakukan pemindahan. 

Bagaimana semut berkomunikasi antara satu sama lain?

cara semut berkomunikasi antara satu sama lain

Memandangkan semut adalah sangat banyak, setiap koloni semut memiliki kombinasi cara untuk mencapai komunikasi yang hebat dan berkasan tanpa berakhir dengan kekacauan.

Berjuta-juta semut ini "bercakap" sesama sendiri dan melakukan kerja dengan begitu sempurna. Berikut adalah cara-cara semut berkomunikasi.

1. Bau

Setiap koloni semua mempunyai bau sendiri yang unik. Bau unik ini adalah disebabkan oleh campuran feromon (isyarat kimia). Ini membantu semut untuk membezakan di antara rakan dan musuh. 

Sistem feromon ini juga digunakan untuk memahami situasi sesebuah koloni, dari penaklukan wilayah hinggalah kepada aktiviti asas koloni. 

2. Sentuhan

Kaedah ini agak maju bagi haiwan yang bersaiz sekecil semut. Jika seseekor semut itu menjumpai sesuatu yang berguna untuk koloninya, ia akan pulang ke koloni tersebut.

Ketika dalam perjalanan pulang, ia akan menggugurkan sejumlah kecil feromon untuk menghasilkan jejak.

Sebaik sahaja ia sampai di koloni, semut tersebut akan berinteraksi dengan yang lain dengan menyentuh sesungut untuk memberitahu apa yang perlu dijangkakan apabila sampai di penghujung jejak tersebut.

Jika benda itu boleh dimakan, semut yang menemuinya mungkin akan membawa pulang secebis daripadanya menggunakan mulut dan membolehkan semut-semut lain merasai makanan itu untuk lebih memahami.

3. Bahasa badan

Satu contoh tentang cara ini adalah apabila seekor semut menggeselkan badannya pada bahagian badan semut yang lain, untuk menghasilkan refleks rahang. Ini memberikan semut itu peluang untuk merasakan dan mengetahui pemakanan semut lain.

4. Bunyi

Ya, semut memang bercakap di antara satu sama lain. Ia melakukannya dengan menggosokkan kaki pada badan sendiri untuk menghasilkan pelbagai bunyi.

Kita tidak akan pernah mendengar bunyi ini kerana resonans yang rendah, tetapi semut-semut lain memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan bunyi tersebut. 

Sebagai contoh, jika seseekor semut itu terperangkap di dalam terowong, ia boleh menghasilkan isyarat kecemasan untuk memberi amaran kepada semut tentang lokasinya.

Dalam situasi ini, feromon tidak akan digunakan kerana tiada cara untuk feromon ini sampai ke semut yang lain.

Kesimpulan

kenapa semut bertembung antara satu sama lain 0

Jadi, jika anda melihat semut bertembung antara satu sama lain selepas ini, jangan salah faham bahawa semut itu mempunyai kemahiran navigasi yang lemah.

Ini kerana ia mungkin memberitahu semut yang lain tentang bahaya yang mendatang.

Tetapi jika anda menyedari bahawa kedua-dua semut bersentuhan lebih lama daripada biasa, anda tahu bahawa anda sedang menyaksikan satu perbuatan mulia oleh serangga ini untuk memastikan semua daripadanya mendapat makanan yang cukup.

Rujukan:

1. University of California, Riverside Today

2. Earth Life Web

3. Kenapa Semut Berlaga Sesama Sendiri?

4. Arizona State University – Ask a Biologist




Hakcipta iluminasi.com (2017)