Oleh pada 13 Apr 2017 kategori

berjalan sambil menghayunkan tangan

Bayangkan hari ini adalah hari Isnin. Hari yang semua orang rasa malas, sebab hujung minggu baru saja tamat. Anda berasa agak tidak bersemangat di dalam pejabat, dan anda keluar untuk mengambil angin. Untuk menghilangkan rasa bosan, anda mula memerhati di sekeliling anda.

Selepas beberapa orang berjalan melepasi anda, tiba-tiba anda terfikir, mengapa semua orang menghayunkan tangan mereka ketika mereka berjalan, padahal anda berjalan menggunakan kaki, jadi mengapa ia perlu? Untuk memastikan, anda pun cuba berjalan tanpat menghayunkan tangan anda.

tangan bergerak bertentangan

Ternyata, anda sedar anda boleh melakukannya dengan mudah, selagi anda menumpukan perhatian anda untuk menghayunkan tangan anda. Namun, selepas beberapa ketika, anda berjalan dan berfikir tentang hal lain, tanpa sedar, anda mula menghayunkan tangan anda seperti biasa.

Mengapa kita cenderung untuk menghayunkan tangan?

Jawapan kepada soalan ini diterangkan dengan satu aspek mudah, iaitu biomekanik.

teori terdahulu

Saintis sebelum ini mempercayai bahawa perlakuan menghayunkan tangan ini bermula daripada evolusi daripada perubahan manusia yang dahulunya berjalan menggunakan kaki dan tangan. Namun, kajian terbaru telah menyangkal dan menerangkan teori ini dengan lebih baik.

Jurutera biomekanikal dari Universiti of Michigan telah menjumpai bahawa tindakan menghayunkan tangan adalah salah satu proses berjalan menggunakan dua kaki. Mereka menemui teori yang berjalan sambil menghayunkan tangan adalah cara pergerakan yang paling menjimatkan.

michiganengineeringlogo

Bagaimana dan menjimatkan apa? Apabila anda berjalan sambil menghayunkan tangan, otot anda memerlukan tenaga yang lebih rendah untuk berjalan, dan ianya tidak didorong oleh otot. 

Dalam eksperimen mereka, mereka mengkonklusikan bahawa mereka yang berjalan dengan tangan yang kaku memerlukan lebih usaha untuk berjalan. Jadi, orang yang berjalan sambil menggerakkan tangan berjalan 20% lebih laju. Menghayunkan tangan terjadi secara semulajadi sehinggakan membiarkan tangan anda bergerak sebenarnya memerlukan tenaga yang lebih rendah daripada mengekalkan ia kaku.

graf t463

Graf-graf ini menunjukkan bagaimana pergerakan tangan normal memerlukan masa dan sudut momentum yang lebih rendah berbanding tangan kaku di sisi dan pergerakan tangan melawan arah. Disebabkan jumlah masa yang rendah, tenaga yang digunakan juga adalah rendah.

Cuba fikirkan tentang bandul. Apabila kaki anda bergerak, badan anda juga akan turut bergerak. Pergerakan ini memaksa tangan anda untuk terhayun, sama seperti bandul. Tangan anda bergerak dengan tidak sengaja kesan daripada pergerakan ini. Dengan cara ini, otot-otot anda tidak memerlukan usaha. Tenaga yang sangat rendah digunakan oleh otot-otot anda untuk mengawal pergerakan ini.

Juga, menghayunkan tangan anda ketika berjalan memudahkan kerja kaki anda. Tenaga yang mana kita kenakan pada permukaan tanah bertambah sebanyak 63% jika tangan kita bergerak. Ini mengurangkan tenaga yang penggunaan tenaga untuk berjalan dengan ketara.

berjalan cara pelik

Lagipun, menggerakkan tangan anda selari dengan kaki anda, contoh, melangkah kaki kiri dan menggerakkan tangan kiri ke hadapan secara serentak, adalah lebih sukar untuk dilakukan oleh badan anda. Dan ia memerlukan 26% lebih tenaga daripada gaya jalan biasa.

Jadi, jika anda membaca artikel ini dengan memegang telefon pintar anda menggunakan kedua-dua belah tangan anda, sambil berjalan, maka anda telah membuatkan badan anda bekerja dengan lebih kuat daripada biasa.

Lagipun, berjalan sambil menggerakkan tangan telah dilakukan sejak kita mula berjalan sehinggalah kini, jadi ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Sumber asal : Mental Floss

tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)