Varian terbaru SARS-CoV-2 atau Covid-19 telah memasuki sempadan beberapa negara seperti di New Zealand, Singapura dan Malaysia. Bandar Auckland di New Zealand kini diisytiharkan lockdown tahap 3 kerana terdapat beberapa pesakit dijangkiti Covid-19 baka B.1.1.7 yang lebih mudah merebak.

Walaupun banyak mutasi Covid-19 telah dikenal pasti sejak ia muncul tetapi pada pertengahan Disember 2020 timbul banyak varian dengan tingkah laku yang sangat berbeza. Mengapa semakin banyak mutasi berbahaya virus ini muncul walaupun kita telah mengenali dan memeranginya lebih daripada setahun?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdapat beberapa sebab mengapa ia berlaku. Salah satunya disebabkan kes yang semakin meningkat di seluruh dunia. Setiap kes itu memberi ruang kepada virus ini untuk bermutasi. Semakin ramai orang dijangkiti maka lebih banyak varian baru yang akan muncul.

Tekanan untuk bermutasi

Kod genetik SARS-CoV-2 ini adalah rentetan dari sekitar 30,000 asas RNA (ribonucleic acid). Apabila virus ini memasuki sel kita, ia akan menghasilkan ribuan salinannya sendiri tetapi proses penyalinan ini tidak sempurna.

Kesilapan yang berlaku atau mutasi berlaku kira-kira setiap dua minggu sekali dalam mana-mana rantaian jangkitan. Biasanya, setiap mutasi hanya melibatkan satu asas RNA dan tidak menampakkan perbezaan ketara.

varian b 1 1 7

Namun, ada juga yang akan berubah bentuk fizikal virus itu sekali gus memberi kesan bagaimana varian baru itu bertindak. Kita beruntung kerana mengetahui mengenai pelbagai varian ini hasil usaha kaji selidik pelbagai negara dan mereka sanggup berkongsi pengetahuan secara terbuka.

Antara varian Covid-19 yang muncul baru-baru ini adalah seperti B.1.1.7 (pertama kali dikenal pasti di UK), B.1.351 (Afrika Selatan), dan P.1 (Brazil). Semua varian ini terhasil daripada sejumlah besar mutasi yang telah mengubah fizikal virus itu.

Sebahagian perubahan ini berlaku di bahagian luar virus itu seperti pada duri protein yang digunakan untuk menjangkiti sel dalam tubuh manusia. Perubahan baru ini juga boleh menjejaskan kemampuan sistem kekebalan tubuh kita untuk mengesan versi baru virus ini.

Punca terbesar kemunculan pelbagai varian baru yang lebih bahaya adalah disebabkan peningkatan kes di peringkat global pada suku terakhir tahun 2020. Dari Januari sehingga September 2020, sebanyak 35 juta kes yang direkodkan di seluruh dunia.

Namun, dua bulan seterusnya melihat jumlah kes menjadi dua kali ganda berbanding sembilan bulan sebelumnya. Tidak mustahil jika jumlah ini akan menjadi dua kali ganda tidak lama lagi.

Mengelak peningkatan tahap imuniti

sistem imunisasi tubuh terhadap covid19

Sebab kedua mengapa muncul pelbagai varian baru adalah kerana Covid-19 telah bertindak balas terhadap sistem imunisasi dalam populasi dunia. Sistem kekebalan tubuh kita telah memainkan peranan penting dalam membantu mutasi manakah yang akan bertahan dan merebak.

Sistem imuniasasi tubuh manusia sentiasa berusaha untuk mengenal pasti dan membunuh virus. Sebelum sistem imunisasi berjaya mengenal pasti dan membunuh virus Covid-19 dalam tubuh seseorang itu, ketika inilah ia dapat berjangkit kepada orang lain yang baru di mana sistem imunisasi mereka juga tidak mengenali virus ini.

Walaupun mutasi berlaku secara rawak tetapi ia boleh menjadi mutasi yang lebih bahaya. Jika varian ini terlepas dari tubuh kita lalu menjangkiti orang lain, ia merupakan virus terpilih yang mungkin menjadi lebih tahan kepada sistem imunisasi badan.

Mutasi yang terdapat pada ciri-ciri varian B.1.1.7, B.1.351 dan P.1 terbukti tersebar dengan lebih mudah dan cepat (terutamanya B.1.1.7). Bukti awal menunjukkan berlakunya perbezaan dalam tindak balas sistem imunisasi.

Sistem imunisasi juga memainkan peranan besar dalam penghasilan varian B.1.351 dan P.1. Ia wujud di kawasan yang mengalami jangkitan berskala besar ketika gelombang pertama di mana populasi di kawasan itu menunjukkan peningkatan imuniti yang lebih tinggi.

perkuburan mangsa covid19 di brazil

Perkuburan mangsa Covid-19 di Brazil

P.1 dikenal pasti di Brazil di mana sehingga 70% penduduk dijangkiti semasa gelombang pertama. B.1.3.5.1 pula di wilayah Timur Cape di Afrika Selatan yang turut terjejas teruk. Varian-varian ini mungkin dapat menjangkiti lebih ramai orang berbanding virus asal yang hanya boleh menjangkiti orang baru.

Ini adalah sebab mengapa sistem imuniasasi semula jadi tidak dapat menangkis serangan varian-varian baru dan ia hanya dapat dilakukan melalui vaksinasi sahaja.

Sistem imunisasi lemah

Apa yang mengejutkan, varian B.1.1.7 dan P.1 berbeza sebanyak 25 mutasi dari turutan SARS-CoV-2 yang diketahui. Ini sangat luar biasa memandangkan kebanyakan turutan virus berjangkit lain hanya beberapa mutasi antara satu sama lain.

sistem imunisasi tinggi

Peningkatan pesat mutasi dilihat berlaku pada pembawa yang mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah. Biasanya, kita memerlukan satu atau dua minggu untuk sembuh tetapi sebilangan kecil yang lain mengambil masa berbulan-bulan lamanya.

Kekebalan tubuh yang lemah dan memakan masa lama ini memberi ruang kepada Covid-19 untuk berkembang dan bermutasi. Jangkitan seperti ini memberikan peluang kepada virus itu untuk "berlatih" dan seterusnya menyesuaikan diri.

Adakah akan muncul lebih banyak varian baru?

Selagi virus itu masih ada, ia akan terus bermutasi. Dengan perlindungan vaksin dan imuniti semula jadi pada sebilangan besar orang, Covid-19 menerima tekanan yang lebih tinggi untuk berevolusi menembusi sistem kekebalan tubuh kita.

malaysia 1 kes baharu

Sebenarnya, kadar mutasi Covid-19 ini adalah separuh lebih rendah dari virus selsema lain dan lebih perlahan daripada HIV. Namun, bukan kadar yang menjadi ukuran tetapi bagaimanakah mutasi mengubah sesuatu virus itu.

Virus Covid-19 kini hanya memerlukan beberapa mutasi sahaja untuk menjadi lebih kuat dan menyesuaikan dirinya dengan manusia. Apabila ia sudah menyesuaikan diri, kemunculan varian baru akan semakin berkurang. 

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada dan mencegah semua varian terkini adalah dengan menurunkan jumlah kes melalui langkah-langkah kawalan dan vaksinasi yang berterusan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)