Pada akhir Disember 2019, sejenis novel coronavirus pertama kali dilaporkan di Wuhan, China, yang menunjukkan kadar jangkitan yang tinggi dan menyebabkan gejala seperti pneumonia.

Para saintis kemudiannya mengenal pasti virus RNA ini sebagai sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS-CoV-2).

Oleh kerana mutasi yang sangat cepat, kemunculan beberapa varian SARS-CoV-2 secara berkala telah dilaporkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beberapa daripadanya dianggap sebagai “varian yang perlu diperhatikan” (VOC), seperti Alpha, Beta, dan Delta. Varian lain dikenali sebagai "varian yang menarik minat" (VOI), seperti Eta, Kappa, Lambda dan Iota.

Akibatnya, para penyelidik memerhatikan kelaziman varian ini kerana kumpulan ini boleh menimbulkan ancaman global.

Apa itu varian Lambda?

apa itu varian lambda covid 19

Varian Lambda tergolong dalam keturunan C.37 yang mana kelihatan seperti varian yang paling berbahaya setakat ini.

Varian ini pertama kali dikenal pasti di Peru pada Ogos 2020, di mana ia kini menjadi jenis virus yang dominan dan sebahagian besarnya merebak di negara-negara Amerika Selatan termasuk Chile, Argentina, dan Ecuador.

Kini, varian Lambda telah dilaporkan tersebar di 26 negara di seluruh dunia, menurut pangkalan data Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID).

Sebelum ini, kadar vaksinasi di Chile adalah sangat tinggi dan satu kajian yang dilakukan di Chile menunjukkan bahawa sekitar 60% penduduk tempatan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Namun pada musim bunga 2021, berlaku peningkatan kes COVID-19 yang sangat pantas di itu dan ini kerana varian Lambda mampu melepasi tindak balas imun yang disebabkan oleh vaksinasi.

Varian Lambda kebal vaksin sedia ada

varian lambda di chile

Para penyelidik di Universiti Tokyo di Jepun telah memberi amaran dalam kertas saintifik baharu yang diterbitkan pada 28 Julai bahawa varian Lambda COVID-19 mungkin lebih tahan terhadap vaksin dan sangat berjangkit berbanding varian sedia ada.

Dalam eksperimen makmal, kumpulan penyelidik tersebut mengenal pasti tiga mutasi pada protein spike varian Lambda yang dikenali sebagai RSYLTPGD246-253N, 260 L452Q dan F490S.

Mutasi ini telah membuatkannya lebih kebal terhadap peneutralan oleh antibodi yang disebabkan oleh vaksinasi.

Dalam kata mudah, varian ini adalah kebal terhadap vaksin berbanding strain COVID-19 yang pertama kali dikenal pasti di Wuhan, China.

Tidak cukup dengan itu, pasukan penyelidik ini turut mengenal pasti dua mutasi selanjutnya iaitu T76I dan L452Q, yang menjadikan varian Lambda sangat mudah untuk tersebar.

Malah, mereka juga memberi amaran bahawa klasifikasi Lambda sebagai varian yang menarik minat dan bukannya varian yang perlu diperhatikan oleh WHO mungkin menyebabkan sesetengah orang menganggap varian ini tidak begitu serius.

"Oleh kerana varian Lambda ini adalah VOI, ia mungkin tidak dianggap sebagai satu ancaman yang berterusan dibandingkan dengan VOC pandemik," tulis kumpulan penyelidik tersebut.

Penyelidik senior Kei Sato berkata bahawa varian Lambda ini berpotensi menjadi ancaman kepada masyarakat manusia di seluruh dunia.

mutasi varian lambda coronavirus

Dr. Pablo Tsukayama, ahli mikrobiologi molekul di Universiti Cayetano Heredia di Lima, Peru, dan salah seorang yang membantu mendokumentasikan varian Lambda memberitahu:

"Ketika kami menemukannya, ia tidak begitu menarik perhatian. Tetapi kami terus memproses sampel, dan pada bulan Mac, ia merangkumi 50% sampel di Lima. Menjelang April, ia merangkumi 80% dari sampel di Peru,".

Lonjakan dari 1 hingga 50% ini adalah petunjuk awal bahawa varian ini sangat mudah tersebar. Pada puncak gelombang jangkitan baru-baru ini di Peru, negara itu kehilangan lebih dari 1000 nyawa sehari per kapita.

Menurut satu lagi kertas yang diterbitkan oleh Universiti Chile, varian Lambda adalah lebih mudah berjangkit daripada Delta dan kira-kira 55% lebih berjangkit dari varian Alpha.

Ini bermakna ia 50% peratus lebih berjangkit daripada strain Wuhan yang asal.

varian lambda coronavirus lebih dahsyat

Sebelum ini, varian Delta telah mengubah pemahaman para saintis berkenaan betapa cepatnya virus ini boleh berkembang menjadi bentuh baharu yang sangat membinasakan. 

"Semua coronavirus bermutasi dan kami tahu virus kali ini juga melakukan perkara yang sama. Tetapi kami tidak menyangka mutasi ini sangat mempengaruhi penularan dan kemungkinan kebal terhadap vaksin," kata Sharone Green, doktor dan penyelidik penyakit berjangkit di University of Massachusetts Medical School.

Dan jika varian Delta sahaja sudah mampu mengucar-kacirkan sistem kesihatan dunia, varian Lambda adalah jauh lebih ganas yang bakal menggila dalam masa terdekat.

Rujukan:

1. News Week

2. News Medical

3. News Hub




Hakcipta iluminasi.com (2017)