Dalam usaha untuk memerangi pandemik COVID-19 dan kerosakan yang dihadapi oleh ekonomi global, para hartawan dan jutawan di seluruh dunia menyumbang wang ringgit mereka.

Dan orang-orang terkaya di Itali lebih memberikan tumpuan kepada pertempuran di tanah air sendiri.

Sehingga 26 Mac 2020, kes positif COVID-19 di Itali mencecah 80,589 kes dengan 8,215 terkorban, melepasi China yang kini semakin pulih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beberapa industri eksport utama Itali, termasuklah fesyen dan pembuatan mewah semakin terkesan apabila penduduk tempatan tidak keluar rumah untuk minggu ketiga, namun pemimpin-pemimpin industri tidak berundur diri daripada pertempuran ini.

Jumlah sumbangan oleh antara manusia terkaya di Itali untuk negara mereka kini telah melebihi RM200 juta kepada hospital, kemudahan penjagaan kesihatan dan agensi kerajaan sejak krisis ini bermula pada bulan Februari.

1. Giorgio Armani

giorgio armani

Pereka fesyen Armani Group ini adalah antara salah satu firma pertama yang mengambil langkah-langkah bagi menghentikan penyebaran epidemik di Itali di mana mereka memutuskan untuk melangsungkan minggu fesyen Milan Fashion secara rahsia pada 23 Februari 2020.

Kesemua kedai dan restoran milik Armani telah ditutup sejak 10 Mac, hari di mana perintah berkurung Itali mula diperketatkan dan kilang-kilang ditutup sementara ketika pada minggu pertama bulan Mac.

Pada 26 Mac, Armani Group menukarkan semua pengeluaran di kilang-kilangnya di Itali untuk mengeluarkan pakaian perubatan penggunaan tunggal.

Legenda fesyen Giorgio Armani sendiri telah mendermakan sekitar RM9.6 juta kepada hospital-hospital di Milan, Rome, Bergamo, Piacenza dan Versilia serta kepada agensi perlindungan awam Itali yang menyelaraskan respon negara terhadap wabak itu.

"Kesihatan dan kesejahteraan para pekerja saya sentiasa dan terus menjadi keutamaan saya. Kami telah mengikuti, dan sering menjangkakan langkah-langkah yang diterima pakai di semua negara," kata Giorgio Armani kepada Forbes.

2. Remo Ruffini

remo ruffini

Remo Ruffini adalah pengerusi dan CEO jenama pakaian sukan mewah Moncler telah menyumbangkan RM46.7 juta kepada pihak berkuasa di kawasan yang paling terjejas teruk di Itali iaitu Lombardy.

Sumbangan itu adalah bertujuan untuk membina sebuah hospital baru.

Kemudahan kesihatan baharu itu akan ditempatkan di kawasan bekas lokasi pameran Fiera Milano dan akan menempatkan lebih daripada 400 unit rawatan rapi.

"Milan adalah bandar yang memberikan kita semua saat yang luar biasa. Kami tidak boleh dan tidak akan meninggalkannya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menyumbang kembali kepada bandar ini setelah apa yang telah ia sumbangkan kepada kita setakat ini," kata Remo Ruffini. 

3. Silvio Berlusconi

silvio berlusconi

Silvio Berlusconi yang merupakan perdana menteri Itali sebanyak 3 kali dan juga anggota Parlimen Eropah ketika ini telah mengeluarkan wang peribadinya sebanyak RM46.7 juta.

Sama seperti Remo Ruffini, wang tersebut digunakan untuk membina hospital baru bagi menempatkan pesakit COVID-19 yang semakin bertambah dan membimbangkan.

4. Giovanni Ferrero dan Maria Franca Fissolo

giovanni dan maria ferrero

Giovanni Ferrero dan ibunya Maria merupakan pemilik syarikat pembuat coklat iaitu Ferrero Inc. yang mengeluarkan produk ikonik di dunia seperti Nutella dan juga Kinder.

Syarikat yang merupakan syarikat sedemikian kedua terbesar di dunia tidak terlepas daripada membantu untuk membendung penularan COVID-19 di Itali.

Ferrero Inc dilaporkan juga menyumbang sebanyak RM46.7 juta kepada suruhanjaya kecemasan negara kerajaan Itali yang dipengerusikan oleh Domenico Arcuri untuk memerangi novel coronavirus.

5. Ennio Doris

ennio doris

Pada 19 Mac, pengerusi bank Banca Mediolanum ini menyumbang sebanyak RM24.6 juta kepada pihak berkuasa di timur laut Itali iaitu Veneto, yang juga sedang bergelut dengan wabak COVID-19 yang teruk.

9 hari sebelum itu, Ennio Doris menerbitkan video berdurasi 12.30 minit di saluran Youtube Banca Mediolanum untuk menyatakan perasannya terhadap pandemik ini dan kesannya kepada ekonomi Itali.

"Kebimbangan (terhadap coronavirus) dan sekatan (pergerakan) sedang mencetuskan krisis ekonomi di Itali, Eropah dan mungkin juga di Amerika Syarikat. Bolehkah anda bayangkan apabila coronavirus sudah tidak tersebar lagi? Semua kerugian pasaran yang berlaku sekarang akan menjadi peluang yang sangat hebat. Ketakutan terhadap coronavirus adalah wajar, tetapi ketakutan terhadap kerugian pasaran tidak," kata Ennio Doris.

6. Francesco Gaetano Caltagirone

francesco gaetano caltagirone

Pelabur kaya dan syarikat induknya, Gruppo Caltagirone telah menyumbangkan sekitar RM4.9 juta kepada ke Institut Spallanzani dan hospital Policlinico Universitario Agostino Gemelli di Rome.

"Ketika tempoh sukar bagi negara ini, dunia perniagaan mesti melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya," kata Francesco Gaetano Caltagirone.

Beliau menambah dalam satu kenyataan bahawa sikap ini bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor, jururawat dan penyelidik untuk apa yang mereka lakukan untuk kita semua.

7. Domenico Dolce dan Stefano Gabbana

dolce gabanna sumbang covid 19

Kedua-dua pengasas bersama antara jenama fesyen paling mewah di dunia iaitu Dolce & Gabbana telah membuat sumbangan yang tidak didedahkan jumlahnya kepada Humanitas University di Milan.

Sumbangan yang diberikan oleh mereka bertujuan untuk memajukan penyelidikannya terhadap tindak balas sistem imun ke atas COVID-19.

"Kami berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi memerangi virus membunuh ini yang mana bermula di China dan memberi kesan kepada seluruh manusia," kata mereka.

Tambah mereka lagi, sekecil-kecil bantuan mampu memberikan perbezaan yang ketara dan menyokong kajian saintifik adalah satu tanggungjawab moral bagi mereka.

8. Giuliana, Luciano dan Sabrina Benetton

keluarga benetton

Cabang pelaburan keluarga Benetton iaitu Edizione Srl dilaporkan telah sekitar RM14 juta kepada hospita-hospital di Milan, Rome dan bandar Itali timur laut Treviso.

Kumpulan itu juga menutup kedai-kedai jenama pakaian Benetton tetapi meneruskan operasi kawasan perkhidmatan lebuh raya yang mana dikendalikan oleh Autogrill.

Kumpulan Benetton merupakan pemegang saham terbesar bagi Edizione Srl.

9. Massimiliana Landini Aleotti

massimiliana landini aleotti

Massimiliana dan 2 orang anaknya merupakan pemiliki Menarini, salah satu daripada syarikat farmasi terbesar di Itali.

Beliau menduduki senarai 10 teratas bagi wanita terkaya di dunia, dengan nilai kekayaan mencecah RM50.6 bilion.

Pada 16 Mac, syarikat itu mengumumkan bahawa ia akan menukarkan jenama pengeluarannya di kilang mereka yang terletak di Florence kepada menghasilkan gel pembunuh kuman.

Produk itu kemudiannya akan diedarkan secara percuma kepada agensi perlindungan awam Itali.

Rujukan:

1. Forbes

2. Independent

3. Bussines Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)