kenapa lif ada cermin 956

Sama ada anda menaiki lif di pejabat tempat anda bekerja atau di pusat membeli belah, pastinya anda perasan bahawa hampir semua lif yang anda gunakan, mempunyai cermin atau dinding yang kelihatan jelas refleksi diri anda.

Namun tahukah anda lif-lif dilengkapi cermin bukan semata-mata sebagai hiasan, tetapi ada fungsinya yang tertentu. 

Cermin dipasang dalam lif disebabkan beberapa faktor. Tujuan pemasangan cermin dalam lif lebih kepada psikologi dan bukannya mekanikal. iluminasi.com kongsikan dengan anda 4 faktor mengapa cermin di pasang dalam lif.

1. Persepsi terhadap kelajuan lif

ini sebab mengapa cermin dipasang dalam lif 7

Pada zaman perindustrian awal, banyak bangunan baru dibina lebih tinggi daripada apa-apa yang pernah dibina sebelum ini, dan kebanyakannya mempunyai lif.

Apabila bangunan menjadi semakin tinggi, semakin ramai orang menggunakan lif namun ia agak perlahan membuatkan orang ramai mengeluh. Syarikat-syarikat penghasil lif berhadapan dengan cabaran untuk menyelesaikan masalah ini dan membuat kesimpulan masalah yang tipikal, iaitu lif terlalu perlahan.

Jadi, mereka merekabentuk lif yang lebih laju dan selamat, namun ketika itu kosnya menjadi sangat tinggi. Kemudian, seorang jurutera telah mencadangkan kenyataan masalah yang berbeza, iaitu masalah sebenar adalah pengguna lif berpendapat ianya adalah perlahan.

ini sebab mengapa cermin dipasang dalam lif 5

Beliau menggunakan perkataan "pengguna lif berpendapat" yang membolehkan pasukan pereka melihat masalah ini dari sudut yang berbeza dan mendapat idea baru.

Daripada memfokuskan kepada kelajuan lif, mereka kini fokus kepada pengguna lif. Apabila ia dilihat dari sudut ini, idea mula mencurah-curah.

Adakah lif terlalu perlahan? Mengapa mereka rasa ia perlahan? Bagaimana kita boleh mengalihkan perhatian mereka? Bagaimana kita boleh meningkatkan keselesaan dalaman lif? Adakah pengguna takutkan ketinggian?

ini sebab mengapa cermin dipasang dalam lif 9

Persoalan-persoalan ini membawa kepada kajian terhadap pengguna. Mereka mendapati bahawa ramai yang berpendapat lif terlalu perlahan.

Surver juga mendapati bahawa pengguna lif mempunyai masa yang berlihat di mana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dilakukan selain menatap dinding dan berfikir mengenai keselamatan lif yang tergantung di udara, dan diselubungi rasa takut terjatuh.

ini sebab mengapa cermin dipasang dalam lif 3

Ia membawa kepada idea memasangkan cermin dalam lif, jadi pengguna dapat memikirkan perkara lain selain daripada kelajuan dan bahaya lif. Malah, mereka dapat melihat wajah, rambut atau pakaian mereka sama ada dalam keadaan baik atau tidak.

Dengan memasang cermin dalam lif, perhatian pengguna lebih teralih dan tidak lagi rasa takut jatuh. Dalam tinjauan susulan, pengguna memberikan pendapat bahawa lif-lif baru adalah lebih laju daripada sebelumnya, walaupun kelajuannya adalah sama.

Rekabentuk lif langsung tidak brubah, apa yang berubah hanyalah persepsi pengguna terhadap kelajuan lif.

2. Ilusi optik

ini sebab mengapa cermin dipasang dalam lif 2

Dengan adanya cermin, ia membantu memberikan ilusi optik bahawa saiz lif tersebut lebih besar daripada saiz sebenar, yang membolehkan pengguna yang mempunyai fobia terhadap ruang kecil menggunakan lif tanpa rasa takut.

3. Keselamatan

ini sebab mengapa cermin dipasang dalam lif 0

Selain itu, tujuan pemasangan cermin dalam lif juga membolehkan anda melihat segala pergerakan dan tindakan yang dilakukan oleh pengguna lain. Jika terdapat pengguna yang cuba untuk menyeluk saku, merompak atau menyerang anda, sekurang-kurangnya anda dapat tahu lebih awal dan bersedia menghadapi kemungkinan.

4. Memudahkan pengguna kerusi roda

ini sebab mengapa cermin dipasang dalam lif 1

Menurut Persatuan Lif Jepun, ia adalah satu peraturan bagi semua lif untuk mempunyai cermin dalam. Alasannya adalah untuk membantu orang-orang yang berkerusi roda untuk bergerak masuk dan keluar dari lif dengan lebih mudah.

Dengan saiz lif yang biasanya tidak cukup besar untuk kerusi roda membuat pusingan, kerusi roda mungkin perlu mengundur keluar. Dengan adanya cermin dalam lif yang menunjukkan kepada mereka ke mana mereka harus pergi, pengguna kerusi roda lebih mudah untuk keluar.

Rujukan:

1. Platform Lift Co

2. Gartec

3. A Star Lift


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)