iphone 11 pro max vs samsung s20 ultra

Percaya atau tidak, kebanyakan daripada kita pada hari ini tidak mampu tanpa meneruskan hidup tanpa teknologi canggih.

Ia memudahkan kehidupan seharian kita dan membolehkan lebih banyak ciptaan terhasil.

Namun, ia tidak dapat lari dari diselubungi dengan mitos-mitos yang memberikan pandangan yang salah kepada sesuatu produk.

iluminasi.com kongsikan 6 mitos teknologi yang ramai masih percaya.

1. Komputer Mac Apple imun dari virus 

steve jobs dan macbook

Apa yang ramai masih percaya terutamanya pengguna komputer Apple adalah disebabkan oleh sistem operasi Mac dibina berdasarkan asas Unix yang selamat, dan kerana Mac merangkumi peratusan PC yang agak kecil, ia bukan sahaja kebal terhadap virus, tetapi penggodam juga tidak mengendahkan komputer ini.

Malah, Apple sendiri mempercayai perkara ini, namun tidak lagi.

Laman sesawang Apple mengiystiharkan bahawa Mac tidak "terdedah kepada ribuan virus yang melanda komputer berasaskan Windows. Ini adalah hasil sistem pertahanan binaan dalam Mac OS X yang membuatkan anda selamat, tanpa perlu lakukan apa-apa".

Namun, Apple kemudiannya menukar perkataan kepada "OS X direka dengan teknologi canggih dan hebat yang bekerja keras untuk menjaga keselamatan Mac anda."

Menurut pembuat perisian anti-virus Sophos, berdasarkan kajian 100.000 penggunanya, satu dari setiap lima Mac mempunyai sejenis perisian hasad (malware).

Komputer-komputer Mac ini tidak dijangkiti virus, tetapi ia membawa perisian hasad dengan cara yang sama seperti yang dibawa manusia virus tidak aktif seperti cacar air.

Apple juga menghadapi masalah yang berterusan dengan masalah keselamatan melibatkan Mac OS X yang dibuka oleh Java, yang terdedah dengan serangan Flashback Trojan. 

2. Lebih banyak bar, lebih lancar 

bar isyarat signal bukan penentu

Pernah tak anda melalui situasi di mana panggilan telefon anda terganggu? Dan apabila anda memerika telefon anda, anda mendapati bahawa isyarat atau "bar" pada telefon anda penuh.

Apa yang berlaku dan mengapa masalah ini berlaku. Ini kerana jumlah bar yang dipaparkan pada telefon anda tidak semestinya bermaksud isyarat telefon anda kuat.

Bar isyarat dimaksudkan untuk menunjukkan betapa kuatnya hubungan antara telefon anda dan menara sel, tetapi tidak ada standard industri yang menentukan bagaimana bar tersebut dikira.

Terserah kepada pengeluar telefon untuk memutuskan bagaimana menanganinya.

Ini bermaksud bahawa dua telefon berbeza yang dihubungkan dari tempat yang sama ke menara yang sama mungkin menunjukkan bilangan bar yang berbeza.

Terdapat juga variasi dalam isyarat berdasarkan pembekal telekomunikasi yang anda gunakan dan pilihan teknologi rangkaiannya .

Dalam situasi di atas, masalah yang anda hadapi mungkin adalah kesesakan rangkaian, yang boleh berlaku di kawasan bandar dan semasa peristiwa besar ketika semua orang berusaha menggunakan rangkaian pada masa yang sama.

Sebagai contoh, anda berada di stadium yang penuh dengan orang untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak.

3. Lebih tinggi RAM, lebih laju 

mitos semakin tinggi ram semakin laju komputer

Ramai yang menyangkakan bahawa jika mereka menambah lebih tinggi RAM ke dalam peranti mereka, maka ia akan berubah menjadi superkomputer. Namun dalam aplikasi praktikal, perkara ini tidak berlaku.

RAM adalah memori yang lebih cepat daripada cakera keras, jadi data yang akan digunakan oleh pemproses disalin ke RAM.

Sekiranya anda mempunyai RAM yang terhad, data perlu saling bertukar antara cakera keras dan RAM.

Menambah RAM akan memberikan manfaat tetapi kelajuannya hanya bergantung kepada pemproses dan jenis RAM yang digunakan.

4. Kamera lebih tinggi megapixel lebih bagus

adakah kamera bagus jika tinggi megapixel

Antara faktor yang menjadi penentu kepada pemilihan untuk membeli telefon pintar sudah tentunya kehebatan kamera yang dimiliki.

Dan bagi kebanyakan orang, mereka hanya melihat kepada berapa jumlah MP atau megapixel bagi kamera pada sesebuah telefon pintar tersebut.

Hakikatnya adalah megapixel langsung tidak ada kena mengena dengan kualiti foto digital, tetapi hanya merupakan ukuran foto digital.

Kualiti foto kamera digital ditentukan oleh jenis dan ukuran sensor kamera, pemprosesnya dan optiknya.

Satu-satunya impak oleh jumlah megapiksel adalah pada kualiti gambar zoom-in yang ditangkap oleh telefon pintar.

Tindakan zoom pada kamera telefon pintar dilakukan secara digital, di mana telefon hanya memotong gambar beresolusi penuh dan menghasilkan foto yang berbintik.

Semakin tinggi resolusi kamera telefon pintar yang anda gunakan, semakin kurang bintikan pada gambar jika di-zoom.

Jadi, telefon pintar dengan kamera 16MP yang mempunyai sensor imej yang lebih besar lebih baik daripada kamera 20MP dengan sensor yang lebih kecil.

Sebagai perbandingan, gabungan kamera belakang iPhone 11 Pro hanyalah 36MP, berbanding dengan kamera Samsung S20 Ultra iaitu 108MP, namun kedua-duanya bersaing antara satu sama lain walaupun berbeza jauh dari segi MP.

5. Pelayaran "Incognito" adalah selamat 

mod incognito

Melayari internet secara "incognito" atau mod penyamaran, di mana pelayar anda tidak menyimpan sejarah anda atau cache aktiviti internet anda, mungkin terasa seperti sangat selamat dan privasi.

Hakikatnya, ia tidak bermakna anda "halimunan".

Setiap pelayar web mempunyai mod peribadi.

Sekiranya anda menggunakan mod penyamaran di Google Chrome atau pelayaran "private" di Safari, ini bermakna pelayar anda tidak akan menjejaki sejarah anda agar pengguna lain tidak tahu apa yang anda lakukan.

Tetapi identiti anda tidak akan disembunyikan dari laman web yang anda lawati atau ISP anda (Penyedia Perkhidmatan Internet).

Malah, penyedia perkhidmatan internet anda masih boleh mengetahui gerak-geri dan tindakan anda.

Jadi, perlu tahu hakikat ini jika anda mengunjungi laman web yang tidak sepatutnya.

Untuk benar-benar melayar internet secara peribadi, anda perlu menggunakan sesuatu yang dipanggil sebagai perkhidmatan Rangkaian Peribadi Maya (Virtual Private Network - VPN).

6. Caj bateri setelah telefon mati

caj bateri sebelum habis

Pastinya anda pernah diberitahu oleh seseorang bahawa perkara terbaik untuk dilakukan melibatkan bateri adalah menghabiskan bateri telefon bimbit sebelum mengecasnya semula, kan?

Ini mungkin benar bagi telefon lama, seperti yang kita gunakan 15 tahun lalu. Namun bagi telefon pintar yang sangat canggih pada hari ini, ia tidak lagi sebegitu.

Teori ini berasal dari zaman bateri kadmium nikel lama yang mengalami kesan ingatan.

Walau bagaimanapun, ia tidak lagi terdapat dalam peranti moden yang mana bergantung pada bateri litium.

Walaupun begitu, banyak pakar masih mempunyai pendapat yang berbeza, sama ada untuk memastikan bateri anda sentiasa ada atau habis sepenuhnya sebelum mengecas.



Hakcipta iluminasi.com (2017)