Mengapa kita mesti mempunyai kek dan meniup lilin semasa sambutan hari jadi? Tahukah anda apakah sejarah dan asal-usul yang membuatkan perayaan hari lahir disambut dengan menggunakan kek dan tiupan lilin?

Untuk menjawab persoalan itu, kita perlu melihat balik sejarah lama beribu tahun lamanya.

Asal usul mengapa lilin diletak atas makanan

artemis dewi penjaga bulan pujaan greek

BESARKAN TEKS     A-  A+

Salah satu teori paling popular berkenaan upacara meniup lilin ini bermula daripada zaman Greek di mana masyarakat pada itu, gemar meletakkan lilin di atas kek berbentuk bulat demi menghormati Artemis, Dewi penjaga bulan. Ini berdasarkan rekod-rekod tulisan lama catatan ahli sejarah Greek bernama Philochorus.

Masyarakat Greek pada ketika itu tidak meraikan hari lahir mereka tetapi meraikan hari lahir Aretmis. Kek yang dibuat berbentuk bulat dan disalut dengan madu untuk memaniskannya.

Kek itu diletakkan lilin di atasnya bagi membuatkan kek tersebut bercahaya sama seperti bulan yang sedang mengambang. Masyarakat ketika itu juga percaya yang asap merupakan satu cara berhubung dengan Tuhan mereka kerana asap dikatakan dapat menjadi perantaraan permintaan manusia dengan Tuhan mereka pada masa itu, jadi berkemungkinan besar perbuatan 'make a wish' yang diamalkan orang bukan Islam, berpunca daripada tabiat ini.

Tradisi Kinderfest Jerman

kinderfest di jerman

Pada abad ke 18, tradisi menyambut kek dengan lilin ketika hari jadi dipopularkan di Jerman menerusi satu upacara yang dinamakan Kinderfest. Pada 1746, Count Ludwig Von Zinzendorf mempopularkan sambutan hari jadi beliau secara besar-besaran dengan memasak kek yang besar lalu dipacakkan lilin-lilin di atas kek tersebut mengikut tahun ulang tahun beliau ketika itu.

Kek pada waktu itu akan dihiasi dengan manisan-manisan berbentuk bunga yang akan mencantikkan lagi kek tersebut. Walaupun begitu, ketika itu hanya golongan berkemampuan yang mampu membeli barangan-barangan pembuatan kek. Hanya beberapa puluh tahun kemudian, barangan pembuatan kek serta bahan-bahannya menjadi lebih murah menyebabkan kek semakin mudah untuk dibuat atau diperolehi.

Bermula pada abad ke 18, tatacara sambutan Kinderfest yang telah lama dimulakan di Jerman mula diterima masyarakat dunia, yang menjadi permulaan kepada sambutan hari jadi yang kita boleh lihat sekarang. Dalam acara Kinderfest, kanak-kanak yang dirasikan akan diberikan kek dengan lilin mengikut jumlah umurnya dan ditambah dengan sebatang lilin lagi sebagai simbol dia sihat lagi pada tahun berikutnya.

Kinderfest mempopularkan semula tradisi meniup lilin dan membuat permintaan yang telah sekian lama tidak diamalkan.

Kesan buruk tradisi sambutan hari jadi

tiup lilin pada kek

Walaupun tradisi meniup kek diteruskan sehingga sekarang, perbuatan meniup kek merupakan satu perbuatan kurang elok. Dalam satu kajian Journal of Food Research, apabila seseorang meniup kek meningkatkan kadar bakteria atas kek sebanyak sebanyak 1400%.

Walaupun begitu, ada juga peserta kajian yang meniup hampir 120 kali lebih bakteria pada kek. Ada peserta yang langsung tidak meniupkan sebarang bakteria dalam kajian itu.

Anda mungkin geli geleman dengan hasil kajian ini tetapi harus diberitahu, jumlah bakteria yang dipindahkan walaupun banyak tidaklah mampu menyebabkan penyakit berpindah. Seseorang itu boleh meniup lilin pada kek sebanyak 100 ribu kali pun, kadar terkena serangan penyakit adalah sangat minima.

Kenapa ada lagu 'Selamat Hari Jadi'?

isu la me lagu hari jadi

Lagu rasmi yang kita nyanyikan dan dipadankan dengan pelbagai jenis bahasa perbualan kita itu bukanlah lagu yang bertajuk 'Happy Birthday.'

Lagu 'Happy BIrthday' yang kita nyanyikan itu berasal daripada sebuah lagu bertajuk 'Good Morning to All' yang dicipta oleh dua orang adik beradik, Patty dan Mildred Hill yang diteribitkan pada tahun 1893. Pada tahun 1924, lagu 'Happy Birthday' menggunakan melodi yang sama dengan 'Good Morning to All' diterbitkan dalam sebuah buku tulisan Robert H.Coleman.

Lagu tersebut mula popular selepas Coleman menerbitkan semula lagu tersebut dalam buku 'The American Hymnal' dengan tajuk 'Happy Birthday' pada tahun 1933 lalu menjadi tradisi masyarakat dunia untuk menyanyikannya ketika menyambut hari lahir.

Apa yang menarik, pencipta asal lagu 'Good Morning to All' telahpun menjual hak cipta kepada penerbit buku mereka dan pada tahun 1988, Warner Music membeli hak cipta lagu tersebut dan mula mengenakan bayaran royalti kepada mana-mana persembahan lagu 'Good Morning to All' atau 'Happy Birthday.'

Hanya pada bulan Februari 2016, mahkamah menolak permohonan Warner untuk terus mengutip royalti sebanyak RM8.8 juta setahun yang diperolehi hasil pelesenan lagu tersebut dan kini, lagu tersebut menjadi hak milik orang ramai.

Rujukan

Happy Birthday Lawsuit

Blowing Out Candles

Vintage News




Hakcipta iluminasi.com (2017)