sejarah tali leher

Kenapa kita memakai tali leher?

Ada sesiapa tahu apakah kegunaan sebenar tali leher yang tidak punya apa-apa fungsi pada pakaian kita? Sejarah tali leher juga sebenarnya tidak pernah menyatakan sebarang fungsi keperluan pemakaian tali leher, melainkan hanya atas sebab fesyen semata-mata.

Terdapat pelbagai kisah berkenaan asal-usul tali leher seperti pengikat yang dipakai oleh askar Terra Cotta pengawal Maharaja Shih Huang Ti atau pakaian askar yang bertugas di Rom ketika zaman Empayar Trajan, namun sejarah tali leher yang kita pakai sekarang bermula pada kurun ke 17.

BESARKAN TEKS     A-  A+

LA CRAVATE

king louis 13 perancis

Pada tahun 1630, semasa perang 30 tahun di Perancis, King Louis ke 13 memerlukan askar-askar tambahan bagi menampung bilangan askarnya. Oleh kerana itu, beliau telah mengupah askar-askar yang datang daripada Croatia, Bosnia dan Hungary sebagai askar upahan bagi pihak Perancis.

Semua askar upahan Croatia memakai sejenis kain yang dililit di leher yang mempunyai fungsi untuk mengikat kolar jaket mereka yang terbuka. Selain itu, kain di leher itu juga adalah untuk memudahkan isteri-isteri askar Croatia mengecam suami-suami mereka yang sedang berperang di medan perang. Dengan menggunakan kemahiran mereka menjahit, setiap askar Croatia akan dipakaikan hiasan lilitan pada leher yang diperbuat dengan halus oleh isteri-isteri mereka.

askar upahan croatia

King Louis ke 13 menjadi penggemar melihat perhiasan itu dipakai, mewajibkan semua individu yang akan hadir pada sebarang acara di-Raja selepas tamatnya perang, memakai lilitan di leher yang beliau namakan 'la cravate.' Nama itu diambil sempena askar Croatia yang memperkenalkannya, membawa maksud 'lilitan.'

'La cravate' atau cravat ini pun mula terkenal sebagai perhiasan pakaian sehinggakan Napoleon Bonaparte, emperor Perancis pada abad ke 19 pun mengamalkan pemakaian lilitan la cravate berwarna putih sebagai pakaian rasmi beliau.

Lilitan leher itu mula popular sebagai satu simbol fesyen yang menandakan seseorang itu berstatus tinggi, bersifat formal dan mempunyai darjat tertentu.

ERA MODEN

tali leher pelbagai variasi

Tali leher la cravate pada zaman itu belum menyerupai tali leher yang kita dapat lihat ketika ini. Rupanya lebih menyerupai 'bowtie' yang ada kerana tali leher yang kita kenali sekarang, bermula lewat abad ke 19 ketika era British.

Pada awal 1900, ikatan asas tali leher yang digelarkan 'four in hand' diperkenalkan yang menyebabkan lilitan cravats mula mengalami penurunan populariti. Perlahan-lahan tali leher yang kita pakai sekarang ini, mula mengalami evolusi ke arah fesyen dan keselesaan kerana orang ramai mula bereksperimen tentang cara mengikat tali leher.

Perubahan paling penting adalah dalam tahun 1920 apabila seorang tukang jahit bernama Jessie Langsdorf berjaya mencipta kaedah memotong kain yang membolehkan fabrik tali leher kembali pada bentuk asal setiap kali diikat. Dengan penemuan teknik ini, semakin banyak cara ikatan tali leher dicipta bagi mencipta fesyen-fesyen baru tali leher, yang tidak mungkin berlaku dalam bentuk asal la cravate.

cara mengikat tali leher asas

Bermula dari situ, tali leher mula mengekalkan bentuk dan rupa yang kita kenali sekarang, hanya berubah pada kelebaran tali leher mengikut zaman. Pada era 1970-an, 'kipper ties' dipopularkan menjadi asas kepada fesyen tali leher yang telah kekal sehingga sekarang. Trend fesyen dunia nampaknya seolah-olah mahu kembali pada tali leher yang kurus sebagai satu fesyen popular ketika ini berbanding fesyen tali leher lebar yang pernah popular satu masa dulu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)