Siapa di dalam dunia ini yang tidak pernah kentut? Mustahil ada. Kita hidup di dunia ini dengan berbagai ragam manusia, salah satunya yang jenis suka 'melepas' tak tentu arah. Kadang kala bau yang dilepaskan memang padu baunya, namun bau kentut kita sendiri pun tidak kurangnya. Mengapa selalunya kita rasakan bahawa kentut orang lain lebih busuk berbanding kentut yang dihasilkan oleh diri kita sendiri?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengapa Manusia Kentut?

mengapa manusia kentut 895

Kentut berlaku adalah disebabkan pengumpulan gas di dalam badan, selalunya berpunca daripada tiga sebab. Pertamanya ialah disebabkan angin yang ditelan sama ada melalui air gas mahupun gas oksigen untuk pernafasan. Kedua, terdapat percambahan bakteria secara berlebihan di dalam usus kecil. Yang terakhir, karbohidrat yang diambil tidak melalui proses pencernaan yang sempurna. 

Anda Sudah Biasa Dengan Kentut Anda

mengapa kentut orang lain lebih busuk 232

Sedar atau tidak, anda seorang sahaja yang paling banyak bau kentut anda sendiri berbanding orang lain di dunia ini. Sebahagian daripada gas yang dihasilkan di dalam usus anda akan larut ke dalam darah, dan harus dikeluarkan. Gas ini apabila ia dikeluarkan daripada badan melalui proses kentut, deria bau anda sudah terbiasa dengan 'perisa' hasil badan anda berbanding orang lain.

Menurut kajian, nilai rating bau kentut yang diberi seseorang terhadap orang dikenalinya berbanding orang asing adalah amat berbeza sekali, yakni orang asing bau kentutnya lebih busuk. 

Anda Sudah Bersedia Dengan Kentut Anda

anda sudah bersedia dengan kentut anda

Keadaan bersedia akan membuatkan sesuatu kejadian kelihatan lebih baik bagi seseorang. Contohnya, anda sudah mengetahui kejutan yang akan dilakukan oleh rakan-rakan ketika sambutan hari lahir, jadi tindak balas anda berkemungkinan besar tidak akan terkejut langsung. Begitu juga dengan kentut. Anda sudah tahu bila anda akan kentut kerana andalah yang mengawalnya, bukan rakan atau keluarga anda. 

Kesediaan terhadap sesuatu 'sensation' menjadikan sesuatu yang buruk mudah dihadapi. Antara contoh lain adalah geletek. Cuba anda geletek diri anda, adakah ia segeli apabila ianya dilakukan oleh orang lain? Dalam kebanyakan kes, jangkaan terhadap sesuatu kejadian akan mengurangkan magnitud respon anda terhadap perkara tersebut. Atas sebab inilah kentut tanpa sebarang amaran dilihat sebagai 'lebih busuk'.

Anda Mungkin Berat Sebelah

anda mungkin berat sebelah kentut

Anda hanya perasan bau busuk kentut, berbanding kentut yang tidak berapa busuk. Setiap manusia akan kentut sebanyak beberapa kali dalam sehari, namun bukan semua kentut itu busuk, dan bergantung kepada beberapa faktor termasuklah dari segi pengambilan makanan. Di tempat awam, anda hanya akan terbau kentut yang busuk, mengesahkan syak wasangka anda bahawa kentut orang lain lebih busuk. 

Mungkin cara terbaik untuk menentukan kentut siapa lebih busuk adalah melalui kajian mendalam yang tidak berat sebelah, di mana seseorang peserta perlu ditutup matanya ketika proses kentut ke muka dilakukan. Kedengaran pelik dan tidak bermoral, namun inilah cara yang logik. 

Evolusi Manusia Tentang Kentut

evolusi manusia tentang kentut 559

Apa bezanya antara bau wangi seperti bunga dan bau busuk seperti air kencing atau kentut? Tiada perbezaan melainkan baunya sahaja. Sebab utama mengapa anda merasakan sesetengah bau itu busuk adalah disebabkan otak manusia telah melalui proses evolusi agar sesuatu yang berbau busuk itu dilihat sebagai jijik. Tujuannya adalah agar anda bebas daripada jangkitan penyakit daripada bau busuk seperti muntah dan bangkai haiwan contohnya.

Lagi teruk risiko sesuatu penyakit, lagi busuklah baunya. Kentut sebenarnya berupaya menyebarkan pathogen yang bertanggungjawab untuk beberapa penyakit, antaranya termasuklah demam scarlet (scarlatina). Malah, persepsi bahawa bau daripada badan anda lebih baik daripada orang lain sebenarnya membantu anda untuk menjaga kebersihan peribadi anda. 

Konvensyen Sosial Memburukkan Lagi Keadaan

Terdapat konvesyen sosial di mana-mana sahaja kita pergi, yakni moral dan etika di tempat awam. Kentut dilihat sebagai kurang sopan dan melanggar moral dari segi sosial, dan turut dilihat sebagai pencerobohan ruangan peribadi. Pencerobohan ini menjadi salah satu sebab mengapa kentut orang lain dirasai sebagai lebih busuk.

Kesimpulan

Sama anda perdana menteri, selebriti mahupun gadis instafamous yang comel, setiap manusia pasti akan kentut setiap hari. Bukanlah tujuan penulis ingin merosakkan imej anda tentang sesetengah individu, namun sekadar mengingatkan bahawa manusia tidak sempurna, dan yang pasti, tiada kentut yang wangi. Sekiranya mahu diuukur sama ada kentut anda lebih wangi atau busuk berbanding orang lain, cuba masuk pertandingan di bawah ini. 

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. healthline.com
  2. huffingtonpost.com
  3. quora.com
  4. davidpj.wordpress.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)